KUALA LUMPUR: Ong Kian Ming (PH - Bangi) merayu semua ahli Parlimen menolak semangat kepartian dan bekerjasama membantu menyelesaikan masalah COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas.
Dakwanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen tapi dalam keadaan genting sekarang, sebaiknya semua pihak bersatu.
Tambahnya, usaha untuk menyatukan kedua-dua pihak mungkin sukar kerana ada yang rasa dikhianati namun dalam keadaan krisis yang teruk sekarang, itu adalah pilihan terbaik.
"Pagoh tak ada lagi majoriti di dewan ini. Ia mungkin tidak dibuktikan lagi tapi saya rasa semua orang tahu termasuk di sebelah sana (kerajaan). Saya juga tahu sekarang ada ramai orang kecewa dengan Pagoh akibat daripada kepemimpinan krisis yang tidak baik.
"Saya juga yakin kalau Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada peluang jadi Perdana Menteri, beliau boleh jalankan tugas dengan lebih tegas, lebih baik berbanding Pagoh buat. Saya rasa ada di sebelah sana pun mungkin boleh jalankan tugas lebih baik daripada Pagoh.
LAPOR LANGSUNG SIDANG KHAS PARLIMEN DI SINI
"Tetapi saya rasa kita semua tidak ada sebarang seorang pun ahli berhormat di sini, yang ada majoriti sokongan di dalam dewan mulia ini," katanya.
Tegasnya, semua Ahli Parlimen perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai jalan keluar untuk COVID-19 dan selepas semuanya selesai, mereka kemudian boleh berentap dalam pilihan raya.
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Begitupun, kenyataan beliau berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri dibidas Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas - Sik).
“Saya nak betulkan sedikit apa yang disebut YB Bangi tadi. YB pagoh masih mempunyai majoriti cukup untuk kita teruskan kerajaan PN. kita buktikan, kita telah buktikan,” katanya.
Teh Kok Lim (PH - Taiping), Chang Lih Kang (PH - Tanjung Malim) dan Cha Kee Chin (Rasah - PH) kemudian meminta izin untuk mencelah namun Ahmad Tarmizi tidak mengizinkan.
RSN Rayer (PH - Jelutong) kemudian bangun dan mencabar Ahmad Tarmizi untuk melakukan undian berhubung perkara tersebut.
“Mana-mana ahli yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis. Memang Yang Berhormat Pagoh tiada majoriti. Kalau betul kita undi. Saya cabar kita undi atas perkara ini. Kenyataan Sik adalah kenyataan mengelirukan dewan.
“Berani atau tidak Sik kita buat undi perkara ini. Saya cabar,” tegasnya.
Astro Awani
Wed Jul 28 2021
![Mesyuarat Khas Parlimen: Pagoh mungkin tiada majoriti, tetapi tolak tepi dahulu perbezaan politik - Kian Ming Mesyuarat Khas Parlimen: Pagoh mungkin tiada majoriti, tetapi tolak tepi dahulu perbezaan politik - Kian Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613997875_TBONGKIANMING.jpg)
Menurut Kian Ming, usaha untuk menyatukan kedua-dua pihak mungkin sukar kerana ada yang rasa dikhianati namun dalam keadaan krisis yang teruk sekarang, itu adalah pilihan terbaik. - Gambar fail
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Pencen penjawat awam: Perlu libat urus yang sesuai, pengumuman teratur - Ong Kian Ming Pencen penjawat awam: Perlu libat urus yang sesuai, pengumuman teratur - Ong Kian Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706838319_TBONGKIANMING.jpg)
Pencen penjawat awam: Perlu libat urus yang sesuai, pengumuman teratur - Ong Kian Ming
Ong berkata, cadangan tersebut patut dinilai secara sistematik dan terancang, bukan tergesa-gesa dan sembarangan.
![Gantung dahulu pendaftaran PADU hingga isu keselamatan dibaiki - Kian Ming Gantung dahulu pendaftaran PADU hingga isu keselamatan dibaiki - Kian Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629399133_DRONG.jpg)
Gantung dahulu pendaftaran PADU hingga isu keselamatan dibaiki - Kian Ming
Bekas Timbalan Menteri MITI dakwa terima maklum balas berhubung kelemahan dan keselamatan sistem PADU.
![Kian Ming cadang individu berucap dalam BEC tidak terhad masyarakat Bumiputera Kian Ming cadang individu berucap dalam BEC tidak terhad masyarakat Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629399133_DRONG.jpg)
Kian Ming cadang individu berucap dalam BEC tidak terhad masyarakat Bumiputera
Ong Kian Ming mencadangkan individu yang dijemput berucap dalam Kongres Ekonomi Bumiputera tidak hanya terhad kepada masyarakat Bumiputera sahaja.
![COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702609823_TBMASHUPORANG.jpg)
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.
![[KOLUMNIS] Pelaksanaan rangkaian 5G kedua perlu telus, utamakan kepentingan rakyat [KOLUMNIS] Pelaksanaan rangkaian 5G kedua perlu telus, utamakan kepentingan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629399091_OngKianMing.jpg)
[KOLUMNIS] Pelaksanaan rangkaian 5G kedua perlu telus, utamakan kepentingan rakyat
Prof Dr Ong Kian Ming mahu sebarang pelaksanaan 5G perlu dilakukan dengan proses telus dan melalui tender terbuka.
![Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming. Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming.](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683262591_NgaKorMing.jpg)
Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming.
Nga berkata, dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana anggota parti bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik.
![Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon Perdana Menteri Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683024200_Mashup.jpg)
Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon Perdana Menteri
Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mendapat pelawaan untuk menyertai DAP.
![Lapan cadangan tambah baik aliran trafik di pondok tol - Ong Kian Ming Lapan cadangan tambah baik aliran trafik di pondok tol - Ong Kian Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650955522_PlazaTolPLUS.jpg)
Lapan cadangan tambah baik aliran trafik di pondok tol - Ong Kian Ming
Pemprosesan data besar yang betul akan memberi gambaran terkini mengenai kelajuan aliran trafik di pelbagai lorong.
![PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650366386_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke
Parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook.
![Ong Kian Ming umum tidak bertanding PRU15 Ong Kian Ming umum tidak bertanding PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/51476609098_OngKianMing.jpg)
Ong Kian Ming umum tidak bertanding PRU15
Kian Meng dalam satu muat naik di Twitter berkata, keputusan tersebut bukanlah diambil secara tergesa-gesa tetapi ia telah dibincangkan sejak tahun lepas.