KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC), Selasa lepas.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata atlet para Carmen Lim akan mengetuai majlis berkenaan susulan wakil atlet diperlukan pada peringkat membuat keputusan lembaga pengelola bagi memacu Pergerakan Paralimpik.
Ahli lain Majlis itu adalah atlet olahraga Paralympian Mohamad Ridzuan Puzi, perenang Paralympian Jamery Siga dan atlet para renang Fraidden Dawan serta atlet para boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.
"Majlis ini juga bagi memenuhi keperluan perundangan Akta Pembangunan Sukan 2018, yang mana MPM kini dimasukkan dalam akta ini, diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mengawal selia pembangunan sukan para di negara ini.
"Kesemua lima atlet para ini akan bertugas bermula 12 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024. Selepas penggal ini, pelantikan untuk jawatan ini akan dilakukan menerusi pemilihan oleh atlet para," menurut kenyataan itu.
Misi Majlis tersebut ialah menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik, selari hala tuju strategik MPM dan untuk menyokong atlet para Malaysia di dalam dan di luar gelanggang.
"Strategi mereka akan menjadi panduan kepada semua pihak berkepentingan Pergerakan Paralimpik dalam melahirkan suara atau wakil atlet yang berkesan, mewakili keperluan atlet para," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Shariman berkata, atlet para Carmen Lim akan mengetuai majlis berkenaan susulan wakil atlet diperlukan pada peringkat membuat keputusan lembaga pengelola bagi memacu Pergerakan Paralimpik. - Gambar fail/Bernama
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Belanjawan 2025: MPM mohon dana RM10 juta untuk program akar umbi
Majlis Paralimpik Malaysia berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian dana RM10 juta kepada majlis itu menerusi Belanjawan 2025.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
[KOLUMNIS] Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024
Pencapaian atlet paralimpik negara selama ini tidak pernah mengecewakan, malah menghasilkan kejayaan cemerlang, namun, tidak pada edisi kali ini.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Belum masa tuai pingat dua angka di Paris - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia berpendapat, kontinjen negara belum bersedia untuk menuai keseluruhan pingat mencecah dua angka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos ini.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik - Megat
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.