Majlis Peguam perlu menegur anggota Parlimen dan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam kanan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili sekumpulan peguam yang menamakan kumpulan mereka G100 berkata badan peguam itu tidak sepatutnya berdiam diri kerana mereka bertanggungjawab memperbetulkan tanggapan salah terhadap sistem perundangan.
Katanya, bagi pihak G100, beliau berharap majlis itu tampil memberi penjelasan kepada pelbagai pihak bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipertikaikan lagi termasuk oleh anggota Parlimen.
Rabu lalu, terdapat anggota Parlimen pembangkang mengecam Mahkamah Persekutuan yang pada 10 Feb membuat keputusan bahawa Anwar bersalah dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Kami berharap Majlis Peguam membuat kenyataan bahawa apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini adalah 'menghina mahkamah'. G100 tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes ini dan ia menjadi tugas pertubuhan itu untuk menjaga kepentingan mahkamah.
"Kalau Majlis Peguam tidak jaga, siapa yang hendak jaga dan sebagai peguam, jika Majlis Peguam tidak bergerak, kami (G100) akan mendesak," kata Abdul Aziz dalam satu sidang media di sini.
Sebelum ini, G100 mendesak presiden Majlis Peguam Christopher Leong meletakkan jawatan berhubung reaksi beliau terhadap penghakiman kes Anwar yang menyatakan bahawa Anwar dianiaya dan bukan didakwa.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Abdul Aziz berkata G100 menggesa Majlis Peguam melakukan apa yang diperlukan dan segera mempertahankan badan kehakiman terhadap kenyataan salah, palsu dan berniat jahat, pada masa ini di Parlimen.
"Tidak pernah kita bayangkan kita akan hidup untuk melihat hari di mana cabang perundangan kerajaan kita akan diminta untuk mengutuk badan kehakiman. Ia adalah suatu keadaan teruk dan hari yang menyedihkan bagi Perlembagaan Persekutuan kita dan Malaysia," katanya.
"Ia adalah satu perkara yang amat membimbangkan orang ramai dan adalah lebih baik bagi Majlis Peguam memberi maklum balas segera terhadap sebarang serangan namun Majlis Peguam masih lagi gagal untuk respons atau mengeluarkan apa-apa pembetulan atau kecaman terhadap anggota Parlimen berkenaan semalam.
"Dengan meninggalkan perkara ini, Majlis Peguam telah menunjukkan dengan jelas sikap tidak mempedulikan tugas pentingnya mempertahankan badan kehakiman daripada serangan keji ke atasnya.
Akibatnya ia kini tidak menghiraukan kesucian sistem kehakiman kita dan mana-mana kenyataan menghina yang dibuat menjadi boleh diterima dan dibuat dengan sewenang-wenangnya," kata Abdul Aziz.
Abdul Aziz juga berkata Majlis Peguam kini mendapat nama buruk yang begitu serius dan dakwaannya bahawa ia bertindak tanpa rasa takut atau memihak tidak membawa makna dan slogan menjadi penyokong kedaulatan undang-undang tidak membawa erti dan hanya propaganda semata-mata.
Sementara itu, di sidang media itu, Abdul Aziz berkata tidak perlu untuk menubuhkan satu lagi Majlis Peguam, sebaliknya hanya perlu memantapkan yang sedia ada dan kembali kepada matlamat asal penubuhannya.
Beliau berkata Majlis Peguam yang ditubuhkan pada 1947 itu hanya perlu menyatakan pendirian tegas terhadap mereka yang mencabar sistem perundangan dan tidak perlu menyebelahi mana-mana pihak.
Kata Abdul Aziz, penubuhan satu lagi Majlis Peguam hanya akan memburukkan keadaan kerana akan timbul pelbagai pertikaian dan perdebatan yang kemudiannya merugikan banyak pihak.
"Majlis Peguam telah ada (wujud) berpuluh tahun dan bergerak dengan baik. Kita kena jagalah. Kalau boleh tidak mahu ada sebarang pergaduhan. Jika peguam tidak mahu menjaga undang-undang, siapa yang mahu jaga.
"Sebagai peguam senior saya cuba ikhtiarkan. Pada tahun 80-an, Majlis Peguam amat menonjol dalam pelbagai perkara namun kini ia jadi sebaliknya. Majlis Peguam perlu menerangkan fakta tanpa mengelirukan mana-mana pihak," katanya
Abdul Aziz juga berkata "Sebagai peguam kita telah bersumpah untuk mengikut undang-undang. Politik dan undang-undang berbeza. Kita boleh kritik tetapi tidak boleh mengkritik penghakiman sehingga menghina mahkamah."
Bernama
Sat Mar 14 2015

G100 berharap majlis itu tampil memberi penjelasan kepada pelbagai pihak bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipertikaikan lagi termasuk oleh anggota Parlimen.- Gambar fail
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
Ugutan tidak terbit artikel satu rasuah - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menilai kes seorang wartawan portalberita yang ditahan kerana didakwa meminta rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Anak Allahyarham, Anita Azrina mengesahkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser esofagus.

Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu.

Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz
Penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.

Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, platform kuasa politik jelas bersumberkan kuasa rakyat dan datang daripada rakyat sendiri.

Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam menolak usul untuk menarik balik kenyataan media Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah
Majlis Peguam perlu menegur anggota Parlimen dan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM
Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.

Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan mewujudkan kumpulan pemikir bagi membantu Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?