MAJLIS perkahwinan pewaris takhta Jordan, Putera Hussein, berlangsung penuh meriah di Amman pada Khamis.
Putera berusia 28 tahun itu yang dinamakan sebagai pewaris takhta oleh bapanya, Raja Abdullah, pada 2009, mengahwini arkitek dari Arab Saudi, Rajwa Al Saif, 29 tahun, yang berasal dari keluarga terkemuka dan mempunyai hubungan dengan keluarga diraja negaranya sendiri.
Pengantin perempuan yang memakai gaun putih yang elegan, tiba di Istana Zahran dalam Rolls-Royce Phantom V 1968 yang ditempah khas. Putera mahkota tiba lebih awal dengan pakaian seragam tentera penuh istiadat dan pedang bertali emas.
Jordan bergantung kepada sokongan Barat untuk memantapkan ekonominya, salah satu daripada penerima bantuan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah per kapita terbesar dunia, dan pemerhati berharap perkahwinan itu juga akan membawanya lebih dekat dengan kuasa besar serantau di sempadan selatannya.
Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman, antara yang dijemput namun tidak dapat hadir. Bagaimanapun, meja-meja jamuan di majlis resepsi dipenuhi keluarga diraja Eropah dan Asia serta tokoh-tokoh kanan AS, termasuk Wanita Pertama AS, Jill Biden dan Putera dan Puteri Wales, William dan Kate.
Perkahwinan itu juga merupakan satu peristiwa penting dalam laluan Putera Hussein ke arah monarki, dengan pegawai dan orang dalam berkata, Raja Abdullah berasa lebih yakin bahawa kestabilan negaranya kini akan diperkukuh.
Beberapa kilometer jauhnya, orang ramai yang berkumpul di sebuah amfiteater Rom purba menyaksikan pasangan itu memeterai ikrar dan bertukar cincin pada skrin lebar yang disediakan untuk majlis itu. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak kegembiraan selepas majlis selesai.
Samara Aqrabawi, 55 tahun, yang menonton siaran langsung bersama anak perempuannya berkata, majlis itu lebih mengagumkan daripada yang dia bayangkan.
"Saya pasti semua ibu dan bapa di Jordan, dan di dunia, merasai kegembiraan Raja dan Permaisuri," katanya.
“Ini adalah hari yang penting kerana beliau adalah bakal raja kita,” kata Ahmad al-Masri, 18 tahun, yang hadir bersama keluarganya.
Sebelas juta rakyat Jordan menyaksikan bagaimana putera mahkota itu semakin terkenal beberapa tahun kebelakangan ini apabila beliau semakin kerap menyertai bapanya dalam penampilan umum.
Putera Hussein, yang disahkan bakal pewaris takhta ketika berusia 15 tahun, merupakan lulusan Universiti Georgetown di AS.
Turut menganggotai pasukan tentera, beliau pernah mendapat pengiktirafan global apabila muncul berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Rajwa pula menerima ijazah seni bina dari Universiti Syracuse di New York pada 2017.
Beliau turut mempunyai kelulusan dari sebuah institusi fesyen di Los Angeles, fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Arab dan Perancis, serta dilaporkan gemar aktiviti seni dan menunggang kuda.
Agensi
Fri Jun 02 2023
Putera Hussein mengahwini Rajwa Al Saif dalam majlis penuh meriah pada Khamis. - Instagram
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
Putera Mahkota Jordan dan isteri sambut bayi sulung
Raja dan Permaisuri Jordan, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, turut meluahkan kegembiraan mereka dengan kelahiran cucu pertama.
Majlis perkahwinan pewaris takhta Jordan berlangsung meriah
Putera Hussein mengahwini Rajwa Al Saif dalam majlis penuh meriah pada Khamis.
Majlis perkahwinan mewah Putera Mahkota Jordan: Apa yang anda perlu ketahui
Buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun, sebuah majlis perkahwinan diraja mewah bakal berlangsung di Jordan hari ini.