Meskipun hujan lebat, lebih seribu warga Johor berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi bagi menyaksikan majlis persandingan diraja di antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya Che Puan Khaleeda Bustamam.
Istiadat persandingan di Istana Besar Johor itu dipancarkan secara langsung di dua skrin gergasi yang dipasang di dataran berkenaan.
Pasangan mempelai diarak menaiki kereta sejauh tiga kilometer dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor dan tiba untuk istiadat persandingan pada jam 8.50 malam.
Pasangan kemudian ke Dewan Istana Besar untuk acara merenjis dan menepung tawar yang dimulakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Diikuti Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan isteri, Sultanah Kalsom, ayahanda Tunku Ismail, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan bonda Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Hadir sama perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong; menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco dan ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN).
Che Puan Khaleeda, 21, dirisik pada 27 September lalu dan kemudian bertunang secara tertutup yang hanya dihadiri oleh pengawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan di Istana Bukit Serene pada hari pernikahan mereka, bulan lalu.
Sementara itu, rakyat Johor mendoakan agar perkahwinan Tunku Ismail berkekalan serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
"Saya ucapkan selamat pengantin baru kepada TMJ dan Che Puan Khaleeda semoga bahagia hingga ke jannah," kata Nor Salfarina Jaafar.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada TMJ dan isteri Che Puan Khaleeda kerana semoga beliau dicucuri rahmat, jodoh beliau dikekalkan hingga akhir hayat dan dapat anak yang soleh," kata Azrul Kamal Jaafar.
Astro Awani
Sat Nov 08 2014

Pasangan mempelai diarak menaiki kereta sejauh tiga kilometer dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor dan tiba untuk istiadat persandingan. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda timang cahaya mata ketiga
Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ sambut puteri sulung
Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung pagi tadi.

Majlis persandingan TMJ penuh gemilang
Ribuan menyaksikan majlis persandingan diraja di antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya Che Puan Khaleeda Bustamam.