SHAH ALAM: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1444H/2023M membuka tirainya dan berlangsung selama empat hari bermula pada malam Selasa.
Majlis diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu menyaksikan penyertaan seramai 14 qari dan empat qariah dalam tilawah al Quran.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, penganjuran majlis itu merupakan program rasmi kerajaan negeri diadakan pada saban tahun.
Menurutnya, ia merupakan landasan kepada rakyat Selangor dalam membudayakan pembacaan, penghayatan dan mengambil iktibar isi kandungan al-Quran dengan mengamalkan secara berterusan dan dijadikan agenda utama dalam pembentukan penyatuan ummah.
"Penganjuran majlis seumpama ini juga memberi ruang dan peluang kepada huffaz memperlihatkan kebolehan hafazan mereka dan menilai sejauh mana penguasaan mereka dalam bidang hafazan al-Quran.
"Ini sedikit sebanyak dapat membantu sekolah-sekolah tahfiz menyediakan ruang aktiviti kepada pelajar mereka bagi menguji keupayaan hafazan masing-masing," katanya berucap pada majlis perasmian bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Mohd Zawawi menambah menghafaz al-Quran bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat Islam, malah semenjak beratus tahun dahulu, ia telah lama diamalkan oleh umat Islam khususnya di zaman para sahabat.
Menurutnya, Surah Al-Qamar sendiri telah menyentuh bahawa al Quran adalah kitab suci yang dimudahkan untuk dihafal dan diulang-ulang serta ia juga dimudahkan untuk diingati dan difahami.
"Ke arah itu, bagi meningkatkan komitmen rakyat negeri Selangor untuk berterusan menghayati al-Quran, saya berharap agar Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran dapat diperluaskan ke daerah-daerah untuk mencari qari dan qariah serta para huffaz di negeri yang penuh kemakmuran ini.
"Ini juga sebagai salah satu langkah untuk menyemarakkan aktiviti-aktiviti berkaitan penghayatan penerapan al Quran, selain untuk memastikan bahawa negeri Selangor sentiasa mempunyai pelapis untuk menjadi qari dan qariah serta penghafaz al Quran yang akan memberi sumbangan besar kepada orang ramai dan kepada negeri ini khususnya," katanya.
Selain itu, katanya, tindakan dan mandat diberikan kepada Jabatan Agama Islam Selangor dengan tertubuhnya Akademi Literasi Al Quran Selangor pada Oktober tahun lalu diuruskan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diharapkan dapat menjentik hati belia di negeri ini untuk menyertai akademi yang penuh bermanfaat itu.
"Ini penting supaya ilmu pengajian al Quran dapat diterapkan dalam jiwa individu sekali gus melahirkan umat Islam yang cintakan al-Quran di negeri Selangor khasnya dan di Malaysia amnya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Peserta Jalaluddin Mohd Zaiki mengalunkan ayat suci Al-Quran pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1444H/2023M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 9 Mei 2023. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di Selangor buka tirai
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Selangor bermula malam tadi dengan penyertaan 14 qari dan empat qariah.

Detik syahdu ayah kendong anak berjaya hafaz al-Quran
-Aku, nanti esok kamu gendong masuk ke syurga bersamamu.-

10 peserta cilik Tahfiz Muda tonjol bakat hafaz al-Quran
Seramai 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda.