KUANTAN: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi bermula hari ini hingga 28 Mei di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang itu boleh diikuti secara langsung menerusi saluran TV1, TV Al-Hijrah dan web TV Jakim serta media sosial Jakim bermula dari 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan dan disambung pada 9 malam untuk tilawah.
Bagi membolehkan lebih ramai mengikuti MTHQK tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut menyiarkannya secara langsung di saluran radio masing-masing, selain orang ramai boleh hadir ke auditorium dari 9 pagi hingga 11 malam.
Menampilkan 110 peserta dari seluruh negara, sebanyak 29 peserta terdiri daripada masing-masing 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah, manakala 81 peserta bagi hafazan.
Majlis perasmian MTHQK Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi dengan tema "Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati" akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof malam ini.
Penganjuran MTHQK tahun ini yang memasuki kali ke-66 semenjak pertama kali dianjurkan pada 1960, turut meneruskan beberapa penambahbaikan dalam format pertandingan sebelum ini antaranya mewajibkan peserta tilawah al-Quran membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.
Peserta hafazan al-Quran pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.
Bagi memberikan lebih cabaran kepada para peserta yang bertanding, MTHQK pada tahun ini juga menyaksikan pembaharuan bagi kategori hafazan al-Quran iaitu soalan akan dikemukakan tanpa disebut atau dinyatakan nombor ayat, nama surah, juzuk dan muka surat seperti kelaziman.
Setiap pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan akan membawa pulang wang tunai, wang tambahan untuk menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala setiap peserta juga akan menerima RM1,000 sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pahang.
MTHQK tahun ini merupakan kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 2011 dan kedua pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Menampilkan 110 peserta dari seluruh negara, sebanyak 29 peserta terdiri daripada masing-masing 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah, manakala 81 peserta bagi hafazan. - Foto Jakim
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.

Al-Quran sumber semua cabang ilmu pengetahuan - PM Ismail Sabri
Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian semata-mata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi.

Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran
Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.

'Kalau kita ada al-Quran, kita ada segala-galanya'
Farhatul Fairuzah mahu guna pengaruh tarik anak muda untuk lebih berminat mendalami al-Quran.

Qari, qariah Malaysia johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-60
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Usaha lahir masyarakat quranik bukan retorik - Ahmad Zahid
Usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.

Abdullah Fahmi, Suhailah dinobat johan tilawah peringkat kebangsaan
Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qari sebanyak 87.5 peratus dan qariah 84.34 peratus.

Usah terlalu teruja berpolitik hingga cemar institusi masjid - Raja Perlis
Baginda bertitah PRU hanya lima tahun sekali tetapi keterujaan ahli-ahli politik untuk meraih sokongan rakyat sehingga mereka lupa perkara pokok selain mencemar institusi masjid.