JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.
Pengerusi bahagian fatwanya, Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata, menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap 'haram' (dilarang/haram).
Beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan.
Fatwa itu mencadangkan agar umat Islam menyokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.
Sementara itu, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia menggesa Presiden Joko Widodo untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Rumah Putih pada 13 Nov.
Permintaan itu disampaikan melalui satu surat terbuka pada Ahad yang menekankan keadaan genting, mengutuk serangan Israel yang menyebabkan kematian orang awam dalam serangan selama 36 hari di Gaza - dan keadaan di Hospital Indonesia semakin kritikal selepas menjadi sasaran serangan.
Pengerusinya, Dr. Sarbini Abdul Murad menulis: "Pada masa ini, tiga sukarelawan MER-C Indonesia berada di Hospital Indonesia di Gaza untuk menyampaikan bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia kepada penduduk di kawasan ini."
Beliau berkata, hospital itu bergelut untuk beroperasi dalam keadaan gelap dan kekurangan ubat-ubatan kerana ia satu-satunya tempat bagi penduduk di kawasan itu untuk mendapatkan perlindungan dan rawatan.
Pada Sabtu, Hospital Shifa dan Hospital Indonesia terputus bekalan elektrik apabila generator tidak berfungsi disebabkan kehabisan bahan api manakala generator di Hospital Al Quds tidak dapat dibaiki.
Dalam perkembangan lain, ribuan penduduk dari Jawa Barat mengambil bahagian dalam perhimpunan 'Bekasi Bersama Palestin', menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, berikutan perhimpunan serupa di Jakarta minggu lalu.
Mereka membawa sepanduk, menaikkan bendera Palestin dan mendengar ucapan daripada pelbagai pemimpin agama di bandar Bekasi yang menyokong pembebasan Palestin. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Asrorun Niam Sholeh berkata menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap 'haram'. - Gambar fail/Reuters/Mohamed Azakir

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lelaki panjat Big Ben kibar bendera Palestin ditahan
Seorang lelaki yang memanjat bahagian bawah Menara Elizabeth Big Ben di Istana Westminster, London pada awal pagi Sabtu telah ditahan pihak berkuasa Britain.

Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perhimpunan dan solat di luar Kedutaan Israel di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin
MBPP menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15 meter (m) di Flat Jalan Sungai.

Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?
Emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut.

Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin
Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin
Ketegangan di antara pihak pengurusan Celtic dengan sebahagian besar penyokong mereka berkenaan konfik Israel-Palestin kian memuncak.

MAPIM ajak masjid di ASEAN kibar bendera Palestin
Kibaran bendera itu adalah sebagai tanda ingatan dan solidariti terhadap rakyat negara itu yang masih belum mendapat hak mereka yang sepatutnya.

Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.

Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin
Mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.

Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin
Penunjuk perasaan naik ke monumen di Dataran Heumarkt dan mengibarkan bendera Palestin dengan sorakan dan laungan slogan pro-Palestin.