KUALA LUMPUR: Majlis Ulama UMNO (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam dan bukan bertujuan untuk mewujudkan kembali sebarang gabungan politik, kata Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad.
Beliau berkata, penubuhan majlis berkenaan akan fokuskan kepada pencarian penyelesaian kemaslahatan yang membelenggu umat Islam dan negara Islam.
"Kita akan lebih berperanan untuk memikul tanggungjawab sosial ke arah untuk menyelesaikan masalah islam, masalah umat Islam dan masalah negara Islam.
"Selama ini dilihat golongan agama agak dipinggirkan, jadi sekarang kita mahu mengukuhkan kerjasama dan penyatuan dari segi itu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Tertinggi Majlis Ulama UMNO, kali pertama di Menara Dato Onn, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan mengenai adakah Majlis Ulama UMNO akan berperanan untuk mewujudkan kembali gabungan politik antara UMNO dan parti lain seperti Muafakat Nasional terdahulu.
Setiausaha Eksekutif MUU, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mesyuarat itu juga telah meluluskan 30 Mercu Tanda MUU Fasa Permulaan bagi tahun 2023 hingga 2024, melibatkan perancangan strategik jangka masa pendek dan panjang untuk memberikan impak kepada parti serta rakyat.
Tiga daripada Mercu Tanda berkenaan ialah penganjuran Program Halaqah yang akan menjadi program tetap pentarbiahan ahli parti, sidang Muzakarah Meja Bulat MUU dan menyemarakkan peranan Pusat Islam Pusat Dagangan Dunia (WTC).
"Perincian mercu tanda yang lain akan dimaklumkan kepada ahli parti dan umum dari semasa ke semasa," katanya.
Selain itu, mesyuarat itu turut menggariskan empat peranan utama penubuhan majlis berkenaan, meliputi peranannya untuk menasihati parti bagi merealisasikan asas dan tujuan UMNO seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Parti berkenaan, membabitkan agama Islam.
"Kedua, mendidik dan mentarbiah ahli parti supaya selaras dengan asas dan tujuan parti seterusnya beristiqamah dengan Islam, agar menjadi Muslim bertaqwa serta warganegara yang baik.
"Ketiga, majlis ini juga akan memainkan peranannya menasihati kerajaan agar sentiasa bertindak selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.
"Keempat, menangani isu semasa melibatkan kepentingan umat Islam di dalam dan luar negara, serta membimbing umat untuk sentiasa istiqamah dengan Islam dan menjadi warganegara yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Mesyuarat Anggota Tertinggi Majlis Ulama UMNO kali pertama berlangsung di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto Twitter/Khairuddin
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Majlis ulama UMNO tumpu angkat martabat umat Islam - Dusuki
Majlis Ulama UMNO (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam.