KUALA LUMPUR: Kira-kira 76 peratus daripada responden Malaysia mahukan organisasi masing-masing bertindak menyediakan peralatan dan infrastruktur bersesuaian untuk membolehkan mereka bekerja secara fleksibel atau dari mana-mana lokasi, demikian menurut hasil kaji selidik oleh Dell Technologies.
Pengurus Negara Dell bagi Malaysia Mak Chin Wah berkata, ini berikutan perniagaan melaksanakan pelbagai cara bagi membolehkan kesalinghubungan, kerjasama serta urus niaga secara dalam talian ketika pandemik dan usaha itu terbukti masih belum berakhir.
"(Pengusaha) perniagaan ini juga bimbang bahawa pekerja mereka akan ketinggalan kerana tidak mempunyai teknologi sewajarnya untuk beralih kepada model yang bersesuaian.
"Malah, teknologi semata-mata sahaja juga belum mencukupi. Perniagaan perlu berusaha untuk memastikan kerja itu dapat disesuaikan dengan keperluan, minat serta tanggungjawab berbeza," katanya ketika mengumumkan hasil dapatan kaji selidik itu di sini, hari ini.
Kaji selidik di lapangan itu dijalankan oleh syarikat penyelidikan pasaran, Vanson Bourne bagi tempoh Ogos-Oktober 2021 di 41 lokasi di serata dunia.
Mengulas selanjutnya, Mak berkata sebanyak 82 peratus pekerja Malaysia mahukan majikan masing-masing memberi takrifan jelas berkaitan komitmen mengenai pengaturan kerja secara fleksibel serta langkah untuk pelaksanaannya; memastikan kecekapan pemimpin/ketua mengurus pasukan secara jarak jauh dan memperkasa pekerja dalam memilih corak kerja diinginkan selain menyediakan peralatan/infrastruktur yang sesuai.
Dapatan kaji selidik tersebut turut membangkitkan fakta bahawa transformasi digital yang mampan merangkumi manusia, teknologi dan organisasi sepatutnya memberi pengalaman kerja yang konsisten dan terjamin; membantu memacu produktiviti dengan meningkatkan lagi keupayaan manusia menerusi peralatan teknologi selain memberi inspirasi menerusi budaya empati serta kepimpinan yang sewajarnya.
Menurutnya, walaupun kebanyakan organisasi di sekitar dunia, termasuk Malaysia mengakui kepentingan transformasi digital, namun pada masa sama menganggap aspek tersebut sebagai sukar kerana tidak ramai yang berupaya menerima perubahan.
"Pertembungan manusia-teknologi ini tidak hanya terhad kepada pandemik yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya tahan secara digital, tetapi turut menyebabkan ramai pekerja menjadi lesu.
"Pada masa ini, perniagaan yang menyasarkan kejayaan yang lebih mampan sebaliknya perlu menitikberatkan bagaimana dapat memastikan pekerja masing-masing untuk turut meneraju lonjakan perubahan itu," katanya.
Sehubungan itu, Mak menyifatkan sekarang sebagai masa paling tepat untuk organisasi bertindak membuat persiapan sebelum memulakan sebarang projek transformasi digital baharu, termasuk memastikan pekerja mendapat sokongan sewajarnya serta jelas mengenai peringkat pelaksanaan seterusnya.
Kaji selidik itu menunjukkan, selepas mengharungi 'pecutan' transformasi digital selama dua tahun, sebanyak 64 peratus pemimpin teknologi maklumat (IT) di Malaysia berkata organisasi mereka kini lebih peka mengenai selok-belok atau keperluan bagi melaksanakan transformasi pekerja secara digital.
Bagaimanapun, perubahan pesat sedemikian sebaliknya menyebabkan kebanyakan majikan kini berdepan cabaran untuk mengekalkan tahap atau bergerak seiringan dengan transformasi tersebut.
"Lebih dua pertiga daripada sebanyak 10,500 responden dari 40 negara percaya bahawa organisasi mereka tidak mementingkan keperluan melibatkan pekerja dengan betul apabila melakukan perancangan program-program transformasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Pengusaha perniagaan ini juga bimbang bahawa pekerja mereka akan ketinggalan kerana tidak mempunyai teknologi sewajarnya untuk beralih kepada model yang bersesuaian. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Majoriti responden Malaysia mahu peralatan sesuai untuk bekerja secara fleksibel
Perniagaan melaksanakan pelbagai cara bagi membolehkan kesalinghubungan, kerjasama serta urus niaga secara dalam talian ketika pandemik.