TAIPING: Pelakon terkenal, Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis atas tuduhan meludah pembantu peribadinya, bulan lalu.
Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd. Daud, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur'Atiqah Sapari.
Mengikut kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.
Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaan, Inspektor Khoo Thean Heng manakala tertuduh diwakili peguam, T. Selvadoray daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Konflik antara pelakon drama itu dengan bekas pembantu peribadinya dikenali Amell itu mendapat perhatian umum sejak Jun lalu ekoran pendedahan wanita tersebut menerusi beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikToknya.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu didakwa sebagai seorang yang panas baran.
Kes itu berlarutan apabila pelakon veteran tersebut mendakwa menjadi mangsa pukul Amell yang dikatakan membabitkan isu duit.
Bekas pembantu pelakon itu bagaimanapun dilaporkan berkata, dia bertindak demikian selepas Mak Wan meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertuduh.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jul 28 2022

Pelakon terkenal, Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis atas tuduhan meludah pembantu peribadinya, bulan lalu. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.

Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah ludah pembantu peribadi
Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.