PETALING JAYA: Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menjanjikan imbuhan elaun bulanan kepada atlet yang berjaya menduduki ranking lima terbaik dunia, bermula tahun ini.
Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata langkah berkenaan diambil badan induk itu dalam usaha memberikan tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih untuk menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.
Setakat ini, atlet karate negara, C Shahmalarani berada di ranking ke-20 dunia dan Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik di tempat ke-40.
"Elaun bulanan dari MAKAF akan diberi selagi atlet berkenaan mampu mengekalkan kedudukan tersebut... ini sebagai menghargai pencapaian mereka," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Tahunan MAKAF 2024, di sini, semalam.
Terdahulu dalam majlis sama, Nur Azmi menyerahkan insentif daripada MAKAF berjumlah RM20,000 kepada lima atlet yang berjaya menyumbang pingat buat negara pada tahun 2023 dan awal 2024.
Lima atlet berkenaan adalah atlet kumite Muhammad Arif, Shahmalarani, Lovelly Ann Roberth, Niathalia Sherawinnie Yampil dan Naccy Elly Evvaferra Rojin.
Muhammad Arif sebelum ini merangkul emas kategori kumite individu lelaki 84 kilogram (kg) pada Sukan Asia Hangzhou 2022 manakala Shahmalarani memperoleh pingat emas acara wanita bawah 50 kilogram di Kejohanan Karate 1 Siri A Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Larnaca, Cyprus, bulan lepas.
Lovelly Anne pula telah menghadiahkan pingat perak acara kata wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dan merangkul pingat perak acara kata berpasukan bersama Niathalia dan Naccy pada temasya sukan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Mesyuarat Tahunan MAKAF 2024 berlangsung di Petaling Jaya semalam. - Foto Facebook MAKAF
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
MAKAF beri peluang kedua kepada Syakilla intai tiket ke Tokyo
Badan induk itu berpuas hati dengan komitmen atlet berusia 27 tahun itu yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg kepada 55.8kg.