KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah antara ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Peguam, Ardy Suffian Akberdin yang mewakili SM Faisal berkata demikian kepada pemberita selepas sebutan kes yang dibuat dalam kamar di hadapan Hakim, Azian Othman, pada Selasa.
“4 Ogos ini adalah bagi makluman penyelesaian penuh, serentak dengan pengurusan kes seterusnya.
“Anak guam saya tidak hadir dalam prosiding hari ini, kerana berada di luar negara dan akan kembali ke tanah air pada Khamis,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 36, meminta supaya anak guamnya selaku plaintif menarik balik kes saman itu, namun jika tindakan itu diambil, kedua-dua pihak perlu mempunyai persetujuan bersama.
Selain Ardy Suffian, SM Faisal turut diwakili peguam, Farah Dinah Abu Bakar.
SM Faisal, 43, memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos 2022 dengan menamakan Caprice sebagai defendan.
Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang didakwa dibuat selebriti itu di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri SM Faisal.
Berdasarkan pernyataan tuntutan SM Faisal berkata, pada 27 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.
Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat ‘mala fide’ atau niat jahat tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.
Sehari selepas itu, plaintif berkata, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun tahun sama. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 01 2023
![Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688376336_TBDatukSMFaisalC.jpg)
Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang didakwa dibuat Caprice di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri SM Faisal. - Gambar fail
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
![Kes saman SM Faisal terhadap Mona Din selesai secara baik Kes saman SM Faisal terhadap Mona Din selesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671701432_TBsmfaizal.jpg)
Kes saman SM Faisal terhadap Mona Din selesai secara baik
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian.
![Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688376336_TBDatukSMFaisalC.jpg)
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
![Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688376336_TBDatukSMFaisalC.jpg)
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
![Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak - Emilia Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak - Emilia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675341980_TBEMILIA.jpg)
"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
![Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671701432_TBsmfaizal.jpg)
Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.
![SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672124535_KesSaman.jpg)
SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.
![Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671620937_TBEmiliaHanafi.jpg)
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
![SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669362756_TBemilia.jpg)
SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.
![SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663667633_KesSaman.jpg)
SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia
SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya.
![12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis 12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657645618_TBmahkamahkL.jpg)
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.