SHAH ALAM: Maklumat tidak tepat mengenai vaksin termasuk bahan yang digunakan dikatakan tidak halal menjadi antara faktor menyebabkan sebahagian umat Islam di negara ini enggan menerima vaksinasi.
Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, perkara itu sudah dijelaskan namun kesedaran mengenai kepentingan vaksinasi dilaporkan masih belum memuaskan.
Beliau berkata, keadaan mungkin berubah dan lebih berkesan jika seseorang yang dihormati seperti Menteri Agama dan mufti di negeri-negeri serta imam di setiap masjid dapat memberikan penjelasan.
"Satu mungkin kerana ini adalah ciptaan orang-orang bukan Melayu dan kedua mengandung bahan-bahan yang tidak halal walaupun perkara itu sudah dijelaskan oleh Majlis Fatwa Negara.
"Mungkin mereka ingin dengar sendiri daripada pucuk pimpinan agama di negara ini dan kedua mungkin orang kita ini mudah sangat percaya dengan WhatsApp-WhatsApp yang mengarut," katanya.
Bekas dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) itu berkata demikian dalam program Sinar Live bersama Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Dr Adeeba berkata, ada juga pihak yang mendakwa bahawa vaksin itu mengandungi bahan seperti magnet dan MNRE itu boleh masuk ke dalam asid deoksiribonukleik (DNA).
Malah katanya, ada juga yang mendakwa vaksin itu dicipta dalam kurang daripada setahun jadi pencipta-pencipta vaksin berkenaan telah mengambil 'jalan pintas' walhal semua itu tidak betul.
Beliau yakin dengan pengambilan vaksin akan dapat menyelesaikan sebahagian masalah yang dihadapi negara kerana telah terbukti keberkesanannya di Amerika Syarikat, United Kingdom serta Israel.
"Mereka (tiga negara terbabit) boleh dikatakan setahun yang lepas dalam keadaan seperti kita sekarang (di Malaysia) terutamanya di United Kingdom dan di Amerika Syarikat.
"Tetapi mereka secara agresif 'roll out the vaccine' dan sekarang mereka boleh menjalani kehidupan tanpa perlu memakai pelitup muka dan sebagainya," katanya menjawab pertanyaan apakah vaksin akan menyelesaikan semua masalah.
Beliau menambah, sebahagian besar daripada masalah yang dihadapi negara dalam menangani pandemik Covid-19 ketika ini boleh diatasi dengan program vaksin jika dilaksanakan secara berleluasan.
"Masalahnya (kita) tidak seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, bekalan vaksin kita masih memerlukan beberapa bulan lagi untuk sampai ke sana (tahap tersebut) dan saya tahu kerajaan sedang berusaha sehabis baik.
"Namun ia akan memakan masa beberapa bulan dan sementara dalam tempoh itu kita mesti mematuhi prosedur termasuk membuat ujian dan sebagainya," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Maklumat tidak tepat punca enggan ambil vaksin - Dr Adeeba
Sinar Harian
Wed Jun 02 2021

DR ADEEBA: Mungkin mereka ingin dengar sendiri daripada pucuk pimpinan agama di negara ini dan kedua mungkin orang kita ini mudah sangat percaya dengan WhatsApp yang mengarut. -Gambar fail

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Maklumat tidak tepat punca enggan ambil vaksin - Dr Adeeba
Keadaan mungkin berubah dan lebih berkesan jika seseorang yang dihormati seperti Menteri Agama dan mufti di negeri-negeri serta imam di setiap masjid dapat memberikan penjelasan.

Tanggapan vaksin untuk kanak-kanak jadikan orang ramai sangsi - Pakar
Apabila negara berhasrat memberikan vaksin kepada hampir seluruh populasi atau 80 peratus penduduk negara, ia mengejutkan ramai.

'Ribut Sitokin' memburukkan COVID-19
Berdasarkan laporan situasi semasa, 80 peratus daripada pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh sembuh kerana sistem imun yang bertindak balas secara normal.

COVID-19: Jangan balik kampung, kekal di mana anda berada - Pakar
Mereka yang dari kampung juga dinasihatkan tidak datang ke bandar pada waktu ini dan kurangkan perjalanan.

Peruntukan sistem kesihatan di penjara perlu dikaji semula
Adeeba berkata walaupun kementerian itu telah meminjamkan pegawai-pegawai perubatan ke semua penjara utama dalam negara, masih banyak ruang yang boleh ditambahbaik.