KUALA LUMPUR: Makmal sijil halal yang ada akan dinaik taraf bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam pensijilan halal terutama daripada kalangan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu penting bagi memperkasa industri halal negara yang kini menyediakan lebih 25,000 peluang pekerjaan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata pensijilan halal akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini kerana industri halal mempunyai potensi lebih US$1.3 trilion dan Malaysia perlu terus menjadi negara yang menguasainya di peringkat antarabangsa.
"Tunggulah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (mengenai industri halal dalam Belanjawan 2024 nanti)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Halal on Track di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini hari ini.
Program julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 2,000 usahawan industri halal dan ia merupakan cetusan idea Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Mengenai cadangan supaya tempoh proses pengeluaran pensijilan halal dipendekkan daripada 30 hari kepada 23 hari, Ahmad Zahid berkata uji kaji akan dijalankan tanpa sebarang kompromi daripada segi kualiti dan beberapa piawaian yang ditetapkan.
Ahmad Zahid berkata langkah proaktif memendekkan tempoh proses pengeluaran pensijilan halal Jakim yang diterima di seluruh dunia selain diiktiraf antara sijil halal terbaik akan membawa imej baharu kepada Malaysia.
Katanya sijil halal Malaysia mendapat pujian seluruh dunia kerana negara ini mempunyai beberapa pendekatan saintifik dalam pengujian bukan sahaja terhadap produk makanan dan minuman tetapi farmaseutikal, perbankan, insurans dan lain-lain perkhidmatan.
Program Halal on Track melibatkan wilayah tengah, utara, selatan, Sabah dan Sarawak diadakan bertujuan membantu pemain industri di Malaysia agar memahami dengan lebih mendalam proses permohonan sijil halal Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Ahmad Zahid berkata usaha itu penting bagi memperkasa industri halal negara yang kini menyediakan lebih 25,000 peluang pekerjaan. - Gambar fail

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Makmal sijil halal dinaik taraf untuk lahirkan ramai pakar - Ahmad Zahid
Makmal sijil halal yang ada akan dinaik taraf bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam pensijilan halal terutama daripada kalangan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).