Pearl Wendy Mak, Wang Wen Chien dan Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin memecah tradisi dengan menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Malaysia Airlines.
Sebelum ini, kebanyakan wanita yang menceburkan diri dalam industri penerbangan hanya berkhidmat sebagai pembantu penerbangan atau staf penerbangan.
Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa menganggarkan bahawa pada 2017, daripada sejumlah 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau kira-kira 3 peratus daripada mereka adalah wanita.
Tiga wanita luar biasa itu tabah menempuh segala cabaran dan berjaya mengatasi tanggapan tradisi berkaitan gender untuk melakar kejayaan di angkasa raya.
Mak, 50, yang telah menerbangkan pesawat sejak 1993, mengaku mengendalikan pesawat bukan tugas mudah bagi wanita, tetapi katanya, pada era baharu ini, wanita berjaya menembusi sektor yang selama ini didominasi secara eksklusif oleh lelaki.
Setelah berkhidmat dengan tujuh syarikat penerbangan asing selama 25 tahun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.
Pada mulanya, Mak hanya ingin menjadi jurutera pesawat dan kemudian mengubah cita-cita untuk menjadi jurutera penerbangan.
Bagaimanapun, apabila mendapat tahu bahawa peranan jurutera penerbangan semakin ketinggalan zaman, beliau bertekad untuk menjadi juruterbang.
"Selagi anda tunaikan peranan anda, berkerja sebagai satu pasukan dan ketepikan tanggapan bahawa anda akan diberi layanan berbeza, anda tidak akan dilihat sebagai seorang lelaki atau wanita, tetapi semata-mata sebagai seorang juruterbang," kata Mak kepada Bernama.
Juruterbang berpengalaman luas ini menasihati wanita yang ingin menyahut cabaran dalam industri penerbangan supaya benar-benar memahami dan meminati dunia penerbangan itu sendiri, di samping berdisiplin dan bersemangat waja.
"Anda perlu rajin membaca, tekun untuk menambah ilmu dan cuba melengkapkan kemahiran anda. Hasilnya, anda boleh mencapai kedudukan sebagai komander, diberi kepercayaan untuk mengendalikan pesawat lebih besar atau dinaikkan pangkat untuk mengendalikan pesawat lebih besar," kata Mak, yang saudara kembarnya juga merupakan juruterbang wanita.
Bagi Wang pula, yang menyandang jawatan Pegawai Kedua, cita-citanya untuk menjadi juruterbang mula berputik ketika berusia 15 tahun apabila mengikut bapanya ke sebuah kelab penerbangan di Subang.
"Saya terpesona apabila melihat pesawat berkenaan meluncur ke udara dengan juruterbangnya duduk di sebelah saya dan beliau mengajar saya membuat beberapa pergerakan ketika berada di udara dan saya dapati ia sungguh mudah dan menarik," kata Wang, yang pada mulanya bercita-cita menceburkan diri dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Wang mendapat sayapnya di Sydney, Australia dan selesai mengikuti kursus peralihan di Akademi Penerbangan Malaysia pada 2016 sebelum menyertai Malaysia Airlines sebagai kadet juruterbang pada Ogos 2017.
Beliau menasihati wanita muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang penerbangan supaya berusaha untuk mencapai cita-cita itu.
"Lakukan apa yang anda suka, mungkin ia tidak mudah pada peringkat permulaan, tetapi jangan berputus asa di pertengahan jalan kerana anda tidak tahu apakah hasil yang menunggu anda kesudahannya nanti," kata wanita itu yang berazam menjadi kapten dalam masa lapan tahun akan datang.
Wang berkata beliau tidak mengahadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan setugas dalam sektor penerbangan yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan tidak mengggapnya sebagai suatu pekerjaan yang gah, sebaliknya sebagai suatu tugas profesional.
"Sebagai juruterbang, seseorang itu perlu bersedia untuk bertugas tanpa mengira masa dan hari seperti yang ditetapkan di dalam jadual dan kami perlu melakukan transit dengan cepat iaitu dalam tempoh kira-kira 45 minit, maksudnya kami perlu memulakan perjalanan balik dengan cepat," katanya.
Sementara itu, Nur Waie Hidayah, 21, yang berkhidmat sebagai kadet juruterbang dengan Malaysia Airlines sejak Disember 2017, mendapat semangat untuk menjadi juruterbang daripada bapanya.
"Saya dibesarkan di Abu Dhabi, tempat bapa saya bertugas. Selepas tamat pengajian peringkat menengah tinggi pada 2013, saya pulang ke Malaysia untuk mengikuti kursus di sebuah sekolah penerbangan di Melaka.
"Sepanjang 18 bulan menjalani latihan di situ, keadaannya sungguh mencabar dan saya memerlukan banyak sokongan daripada orang tersayang, terpaksa belajar dengan tekun, bersemangat tinggi dan berdisiplin supaya dapat mengikutinya hingga tamat.
Mak, Wang dan Nur Waie Hidayah diraikan pada majlis graduasi 111 anak kapal dan juruterbang Malaysia Airlines pada 11 Ogos.
Dalam ucapan pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Kapt Izham Ismail berkata:
"Saya amat bangga kerana untuk julung kalinya di Malaysia Airlines, kita mempunyai tiga wanita hebat, menakjubkan dan bersemangat waja sebagai juruterbang hari ini.
"Saya berharap, pada masa akan datang, Malaysia Airlines akan mempunyai lebih banyak kapten wanita yang menerbangkan pesawat kita dan membawa kebanggaan kepada negara".
Baru-baru ini, Malaysia Airlines memulakan program perintis juruterbang wanitanya dan kini terbuka untuk pendaftaran.
Setakat ini, syarikat penerbangan itu mempunyai 2,286 anak kapal dan 927 juruterbang yang mengendalikan pesawatnya daripada jenis B737-800, A330-300, A330-200, A350-900 dan A380-800.
Kapt Izham memberitahu Bernama bahawa Malaysia kini mengalami kekurangan juruterbang, terutama bagi pesawat B737-800, yang memberi kekangan terhadap operasi dan menjejaskan pertumbuhannya.
"Untuk menjadikan operasi syarikat penerbangan ini kembali seperti biasa menjelang tahun depan, kami memerlukan 150 juruterbang lagi.
"Mengisi jawatan petugas di kokpit merupakan satu lagi cabaran kerana syarikat penerbangan ini menetapkan syarat bahawa kelayakan untuk menjadi kapten ialah telah melakukan 4,500 jam penerbangan atau lebih 1,000 daripada kadar purata dalam industri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 21 2018
Menjadi sebahagian kumpulan pertama juruterbang wanita Malaysia Airlines, Mak (kiri) dan Nur Waie Hidayah tabah menempuh segala cabaran dan berjaya mengatasi tanggapan tradisi berkaitan gender untuk melakar kejayaan di angkasa. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Malaysia masih ketinggalan khususnya dalam jurang gaji gender - Nancy
Malaysia masih ketinggalan di belakang negara lain di Asia Tenggara, terutamanya mengenai isu kritikal seperti jurang gaji jantina.
Tambah ahli Dewan Negara tak perlu ikut 'gender'
Negara tidak boleh mengambil kira isu berhubung kesamarataan sebagai satu garis petunjuk prestasi pembangunan negara.
RUU buktikan gangguan seksual adalah keganasan berasaskan gender - Rina
Rina berkata rang undang-undang itu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai gangguan seksual agar perkara tersebut tidak dinormalisasi.
Kajian Women's Aid Organisation: 46.3 peratus sokong kesamarataan gender
53.3 peratus percaya yang keganasan domestik adalah reaksi normal kepada tekanan dan kekecewaan.
Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.
Jadikan 'stalking' jenayah di Malaysia - WAO
Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dunia yang telah memperluas takrifan intip dan hendap sebagai suatu jenayah.
Malaysia Airlines mula guna khidmat juruterbang wanita
Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa menganggarkan bahawa pada 2017, daripada sejumlah 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau kira-kira 3 peratus daripada mereka adalah wanita.
Semak segera peruntukan PBT jika tak ambil 30 peratus wanita - TPM
Semakan semula peruntukan PBT yang gagal lantik 30 peratus wanita sebagai ahli majlis wajar dilakukan segera, namun perlu utamakan faktor kelayakan.
Lelaki daftar diri di universiti wanita untuk mencari pasangan
Pemilihan universiti perlu tepat dengan mengambil kira pelbagai faktor, tetapi seorang lelaki daripada China mempunyai motif yang amat ganjil.
Mengimbangkan peranan gender dalam membuat keputusan adalah penting
Terdapat lebih 10 peratus jurang gender dalam membuat keputusan antara lelaki dan wanita di setiap negara anggota OECD.