KUALA LUMPUR:Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah meneruskan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas walaupun dalam keadaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dan PKP Bersyarat di negeri tertentu.
Setakat ini, syarikat penerbangan nasional itu telah berjaya membawa pulang lebih 20,000 penumpang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Pada masa sama, usaha itu turut membuka peluang untuk syarikat tersebut melakukan penerbangan ke bandar-bandar baharu di luar rangkaiannya termasuk destinasi di serata Asia, Timur Tengah, Eropah serta Afrika seperti Cam Rahn, Sudan Selatan, Kaherah, Turkmenbashi, Turkmenabat , Dili, Nadi dan Port Moresby yang tidak banyak menawarkan penerbangan komersial.
Setakat ini, MAB telah menjalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka yang terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020 dengan menggunakan pesawat jenis A380, A350, A330-300 dan B737-800.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAB Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata ini termasuk 168 khidmat sewa khas menerusi kerjasama strategik dengan kementerian-kementerian dan pertubuhan.
"Pengalaman sedemikian mencabar namun menarik kerana membolehkan kami beroperasi di pasaran-pasaran baharu dalam keadaan semasa yang memerlukan aspek keselamatan dan kesihatan serta kawalan sempadan lebih ketat di negara-negara terbabit.
"Bagaimanapun, libat urus secara aktif dengan kedutaan-kedutaan, kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan dan pihak pengawalseliaan telah membolehkan misi itu dapat disempurnakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi tempoh sama, syarikat sekutunya, MAB Kargo Sdn Bhd telah bekerjasama dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengangkut lebih 2,000 tan peralatan perubatan dan keperluan bantuan bencana ke wilayah-wilayah terjejas di serata dunia.
"Ini termasuk ventilator, sarung tangan pembedahan dan baju perlindungan diri untuk pelbagai pertubuhan menerusi lebih 50 penerbangan P2C (penumpang berbanding kargo) dan CIC (kargo dalam kabin).
"CIC itu membolehkan syarikat penerbangan membawa kargo di tempat duduk, ruang simpanan atas, almari dan ruang bawah kerusi, bergantung kepada saiz kotak," katanya.
Pasukan MABkargo juga telah berusaha bagi memastikan semua penghantaran tersebut dihantar mengikut jadual, sekali gus mencatat peningkatan secara berperingkat dari segi angka eksport syarikat itu.
Aliran yang menggalakkan itu turut meningkatkan jumlah berkaitan yang mana angka pada Ogos lepas kini setara dengan paras sebelum COVID-19, didorong oleh pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi dan penggunaan khidmat penerbangan P2c bagi menampung kehilangan kapasiti ruang simpanan dalam perut pesawat.
Ahmad Luqman berkata permintaan terhadap keperluan perubatan di serata dunia juga turut menyumbang dari segi memastikan pesawat MAB terus beroperasi dan terminal kargo terus aktif.
"Jadual penghantaran kami diselaraskan untuk menepati keinginan pelanggan. Walaupun jumlah penerbangan dalam rangkaian berkurangan, kami terus menyokong rantaian nilai perniagaan harian selain memastikan gangguan dapat diminimumkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020

Setakat ini, MAB telah menjalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.