KUALA LUMPUR :Sejak beberapa tahun lepas, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menghadapi detik sukar dan pandemik COVID-19 membuatkan situasi syarikat penerbangan itu semakin meruncing.
Begitupun, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, ada ahli politik dan ahli Parlimen berpendapat MAB adalah aset nasional yang memainkan peranan penting dalam membawa imej negara di persada dunia.
Justeru, beliau secara peribadi berpendapat masih ada keperluan mempertimbangkan untuk mengekalkan MAB dalam negara ini.
“Pada masa sama wajar diberikan satu laporan penuh di Parlimen tentang turnaround plan Khazanah yang dulu, yang menelan belanja berbilion ringgit agar kita dapat teliti dulu apa yang berlaku pada waktu itu.
“Kita juga boleh melihat kelemahan dari segi pengurusan. Kita tahu dan kita sedar 2021 dan 2022, pasti keadaan ekonomi mencabar tetapi peluang tetap ada untuk syarikat termasuk MAB.
“Mungkin MAB mencari jalan kembangkan atau beri imej baru serta menilai daya tahan ekonomi syarikat tersebut dengan memberi fokus kepada kekuatan yang ada pada jenamanya,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: "Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
BACA: Tengku Zafrul nafi Khazanah akan suntik dana kepada Malaysia Airlines
VIDEO: Tiada lagi suntikan dana kerajaan untuk Malaysia Airlines
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan berita mendakwa syarikat penerbangan nasional itu akan memohon dana kepada kerajaan, dikatakan jumlahnya melibatkan bilion ringgit.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan, kerajaan perlu mendapatkan maklumat secara menyeluruh terhadap masalah dihadapi syarikat itu.
Tegas beliau, sudah beberapa kali proses pemulihan MAB gagal dan beliau mencadangkan sebuah suruhanjaya bebas perlu dibentuk bagi menilai keadaan syarikat tersebut.
“Kalau suruhanjaya itu kata tak boleh nak buat apa, perlu tutup jadi itu terpulang kepada mereka tetapi apa pun keadaan, kita tak boleh abaikan kakitangan MAB.
“Saya lebih melihat kepada kakitangan MAB diselamatkan. Kalau ada alternatif bagaimana untuk selamatkan kakitangan MAB daripada hilang pekerjaan, saya fikir itu merupakan satu langkah bijak,” ujarnya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bukan perkara pelik syarikat penerbangan nasional memohon bantuan kerajaan kerana ia turut berlaku melibatkan syarikat di negara lain.
Begitupun, katanya, MAB tidak harus bergantung kepada dana kerajaan untuk pemulihan tetapi budaya kerja, operasi dan penstrukturan perlu dilakukan secara menyeluruh untuk pastikan segala operasinya berjalan dengan efisien.
“MAB harus memikirkan model perniagaan mereka dan tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan dan memikirkan bagaimana untuk pendapatan mereka boleh dipelbagaikan.
“Bukan hanya tumpu kepada penerbangan, mungkin dalam bentuk hospitaliti, pelancongan atau perkhidmatan kewangan yang sesuai untuk dilaksanakan dengan mengambil kira kekuatan aset dan tenaga kerja MAB,” katanya.
Astro Awani
Mon Nov 23 2020

MAB tidak harus bergantung kepada dana kerajaan untuk pemulihan tetapi budaya kerja, operasi dan penstrukturan perlu dilakukan secara menyeluruh untuk pastikan segala operasinya berjalan dengan efisien. - Gambar Fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.

Jawatankuasa khas bincang bantu pesawah terjejas kemarau
Jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mencari penyelesaian sekali gus menangani masalah lebih 10,000 pesawah yang terjejas akibat cuaca panas melibatkan empat negeri.

LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.

Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.