KUALA LUMPUR:Pelan infrastruktur digital negara bernilai RM21 bilion, Jalinan Digital Negara (JENDELA) dirangka untuk memacu Malaysia ke arah kesalinghubungan digital yang lebih baik dengan meningkatkan kecekapan infrastruktur negara dan mengoptimumkan penggunaan spektrum.
Pada Ogos, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan tindakan JENDELA, yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), akan menyediakan asas untuk liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata tender untuk kerja-kerja infrastruktur di 1,661 tapak melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM4.6 bilion di bawah JENDELA, akan ditutup pada 31 Mac, 2021.
Beliau berkata JENDELA mempunyai dua fasa, dan Fasa 1 akan dilaksanakan dari 2020 hingga 2022 dan Fasa 2 dari 2022-2025.
Fasa 1 membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit; memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk; mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps dan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021.
Fasa 2 melibatkan penggunaan akses tanpa wayar tetap dan teknologi lain yang bersesuaian bagi merapatkan jurang digital dan menyediakan negara untuk penggunaan teknologi 5G, yang akan dilaksanakan selepas pelan tindakan dalam Fasa 1 telah dicapai.
Pengarah Urusan Nokia bagi Malaysia dan Sri Lanka, Datuk Sivananthan Shanmugam berkata inisiatif JENDELA menggariskan komitmen kerajaan untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk memudahkan liputan yang lebih meluas daripada teknologi tanpa wayar generasi masa kini di seluruh negara, dan seterusnya membantu mempercepatkan pelaksanaan 5G dalam masa terdekat.
"Bagi pengendali rangkaian mudah alih, JENDELA amat membantu mereka yang mencari peluang untuk mengoptimumkan sumber mereka melalui perkongsian infrastruktur dan mengurangkan pertindihan pengendali untuk meningkatkan liputan jalur lebar di seluruh negara," katanya kepada Bernama.
Kerjasama Industri bagi Kejayaan JENDELA
Daripada RM21 bilion yang diperuntukkan untuk JENDELA, 40 peratus adalah daripada dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) MCMC dengan baki 60 peratus akan dibiayai oleh peserta industri.
MCMC akan membantu menguruskan pelaksanaan sasaran JENDELA oleh syarikat telekomunikasi melalui penubuhan unit Perkhidmatan Pengurusan Projek Khusus untuk memantau kemajuan industri dengan pengurusan masing-masing dan menawarkan penyelesaian untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Dalam nota, Kenanga Research berkata peneraju pasaran sedia ada seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile dijangka akan menerajui sasaran untuk mencapai liputan nasional sebanyak 96.8 peratus menjelang 2022, manakala pengembangan rangkaian fiber sehingga 7.5 juta premis dijangka akan diterajui oleh pemimpin jalur lebar seperti TM, TIMEDOTCOM dan Maxis.
Pelaksanaan 5G Menjelang 2022
Dalam persiapan negara kepada kejayaan pelaksanaan spektrum 5G, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan telah menyatakan komitmen kepada pelaksanaan teknologi 5G pada akhir 2022 atau awal 2023, dengan kesalinghubungan menjadi antara keutamaannya.
Beliau berkata pelaksanaan projek rangkaian 5G ini termasuklah ketersediaan dari segi kesalinghubungan, kesediaan rakyat untuk menerima rangkaian itu serta kesediaan kawal selia dan industri.
"Dari segi kesalinghubungan, tiada gunanya jika kita mempunyai 5G di sesetengah kawasan tetapi 4G atau lain-lain tidak boleh didapati di kawasan pedalaman dan luar bandar. Ketersediaan akses perlu ada untuk mengelak jurang digital.
"Mengenai kebolehcapaian industri, kami menjangka 70 peratus daripada penggunaan 5G untuk kegunaan industri manakala baki 30 peratus dalam kalangan orang ramai," katanya.
Prestasi Syarikat Telekomunikasi Dalam Persekitaran Pandemik COVID-19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan berikutan COVID-19 pada Mac 2020 telah menyebabkan perniagaan di seluruh negara terjejas dengan hanya beberapa sektor penting dibenarkan untuk beroperasi dan hampir menghentikan aktiviti ekonomi.
Bagaimanapun, industri telekomunikasi terus berdaya tahan berdasarkan jenis perkhidmatannya yang amat penting.
Walaupun peserta industri melihat perubahan dalam campuran Pascabayar/Prabayar dan purata pendapatan setiap pengguna (ARPU), Kenanga Research mendapati jumlah langganan pada separuh pertama tahun ini sebanyak 43.4 juta yang hampir sama dengan angka pada tahun lepas dalam tempoh sama berikutan langganan asing yang rendah dan pengguna kad sim yang pelbagai.
Firma penyelidikan itu berkata langganan talian tetap naik enam peratus berbanding separuh pertama tahun lepas berikutan pelan jalur lebar menjadi amat diperlukan berdasarkan keperluan untuk duduk di rumah yang lebih tinggi.
Tahun ini menyaksikan trend baharu seperti 'Bekerja Dari Rumah' manakala Malaysia dan dunia pada amnya, dibelenggu oleh pandemik dan sekatan pergerakan, beralih kepada 'normal baharu', yang meningkatkan permintaan isi rumah terhadap perkhidmatan Internet.
Malaysia Internet Exchange (MyIX), mencatatkan trafik Internet tertinggi sebanyak 532 gigabait sesaat (Gbps) berbanding rekod trafik tertinggi sebanyak 500 Gbps pada 2019 sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.
Kesalinghubungan Jadi Keutamaan
Sementara itu, kerajaan terus menunjukkan komitmennya dalam meningkatkan liputan dan kapasiti rangkaian negara dengan peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2021.
Di bawah infrastruktur Digital, MCMC mendapat RM7.4 bilion untuk membina dan menaik taraf perkhidmatan jalur lebar pada 2021 dan 2022 manakala Program Jaringan Prihatin akan mendapat RM1.5 bilion untuk meringankan beban kewangan kumpulan B40 dalam mengakses Internet yang nilainya akan dipadankan oleh syarikat telekomunikasi dengan data percuma.
Kerajaan turut memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan JENDELA dan memastikan kesalinghubungan 430 sekolah di Malaysia, selain RM42 juta untuk meningkatkan kesalinghubungan di 25 kawasan perindustrian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata tender untuk kerja-kerja infrastruktur di 1,661 tapak melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM4.6 bilion di bawah JENDELA.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).