Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran untuk Malaysia sekarang ialah bergerak ke tahap pembangunan ekonomi dan sosial lebih tinggi melalui inovasi, peningkatan produktiviti dan penggunaan pengetahuan lebih berkesan.
"Kita perlu mencari cara lebih baik untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan serta menyampaikannya secara lebih berkesan pada kos lebih rendah kepada lebih ramai orang," katanya ketika berucap mengenai Daya Saing Global: Aspirasi Malaysia pada Siri Syarahan Cemerlang Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)- Khazanah di sini pada Selasa.
Untuk Malaysia menjadi negara maju dan berstatus berpendapatan tinggi dan mampu bersaing dengan yang terbaik di peringkat serantau dan global, Najib berkata, ia memerlukan kuasa transformatif sains dan teknologi.
"Dan kita memerlukan dinamisme usahawan, inovasi dan kreativiti untuk melonjakkan prestasi sektor awam dan juga swasta," kata Najib yang kini dalam lawatan kerja ke United Kingdom.
BACA: Tingkat tahap pendidikan, kemahiran akan pacu produktiviti dan pertumbuhan - Najib
Berikutan itu beliau mengaitkan pelancaran Sains Untuk Tindakan atau S2A, inisiatif pada 2013 dengan matlamat untuk meningkatkan aplikasi sains dan teknologi untuk pembangunan industri serta kesejahteraan orang ramai.
"Kita mahu mencergaskan semula semua aspek sains di Malaysia agar ia menyumbang kepada penjanaan pelbagai idea baharu serta strategi perubahan yang akan mewujudkan kekayaan serta pekerjaaan yang mampan untuk rakyat kita," tambahnya.
Najib berkata, ketika lawatannya ke Sarawak beliau telah menyatakan yang untuk pembangunan sekolah di luar bandar menggunakan sistem IBS, perlu ada tambahan enam bilik darjah serta makmal sains.
Sebahagian daripada inisiatif S2A ialah penubuhan Dana Newton-Ungku Omar, satu inisiatif bersama di antara kerajaan Malaysia dan Britain.
Ia sudahpun mewujudkan pelbagai peluang baharu untuk meningkatkan hubungan dua hala serta untuk ahli sains kedua-dua negara bekerjasama dalam inisiatif penyelidikan dan inovasi yang berpotensi merubah kehidupan.
Sejak dana itu dimulakan pada 2014, tujuh program kerjasama utama telah diwujudkan bagi mengkaji bidang pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan dan yang paling penting, menterjemahkan output penyelidikan dari makmal ke pasaran.
Beliau berkata, program Hubungan Penyelidik dan Hubungan Institusi sudah mula membina hubungan rangkaian yang kukuh di antara Malaysia dan United Kingdom dan berharap meningkatkan lagi pembangunan dan kejayaan daripada perkongsian yang berpandangan jauh ini.
Bernama
Wed May 18 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Pejabat Serantau Khazanah Europe Investment Limited (KEIL) di The Shard hari ini. Turut kelihatan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri). - FotoBERNAMA
Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata persepsi negatif terhadap SPRM yang hanya menyasarkan pesalah kecil berbanding pesalah berprofil tinggi adalah berasaskan statistik pendakwaan yang rendah terhadap ahli politik. Oleh itu, Penganalisis Rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed mahu SPRM diberikan peruntukan lebih banyak dengan kemudahan siasatan canggih. #AgendaAWANI
SPRM perlu bebas pengaruh kerajaan, letakkan di bawah Parlimen - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada pengaruh badan eksekutif dalam menjalankan siasatan, dengan diletakkan di bawah parlimen. Namun, Penganalisis Rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed menganggap campur tangan kerajaan kini sudah tidak ada dan siasatan SPRM kini adalah lebih proaktif dan agresif. #AgendaAWANI

Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Penubuhan Majlis Media Malaysia boleh mempercepatkan penyelesaian sebarang aduan yang dikemukakan kepada mana-mana pertubuhan media dalam negara.
AWANI 7:45 [4/3/2025] – Radio Era mohon maaf | Harga makanan bazar Ramadan | Lindungi pekerja tempatan | Warga Jepun jatuh kondo sah Akiko
- Astro Audio mohon maaf, trio 3 Pagi Era digantung
- PM arah pantau harga makanan di bazar Ramadan
- KWSP untuk hari tua, keluar sebelum masa ibarat dera apabila bersara
- Polis sahkan warga Jepun maut jatuh kondo isteri pempengaruh
- PM arah pantau harga makanan di bazar Ramadan
- KWSP untuk hari tua, keluar sebelum masa ibarat dera apabila bersara
- Polis sahkan warga Jepun maut jatuh kondo isteri pempengaruh

Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Persepsi negatif terhadap SPRM yang mengaitkan agensi itu dengan bersikap pilih bulu adalah berdasarkan kepada statistik siasatan badan berkanun itu.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.