KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan maritim dan isu rentas sempadan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi catatan di Facebooknya memaklumkan perkara itu dizahirkan ketika pertemuan beliau dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D McFeeters di Langkawi hari ini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang sedang berlangsung.
Beliau berkata perbincangan itu adalah susulan kepada pertemuan antara mereka di Putrajaya pada 3 Mei lepas.
"Perbincangan kali ini memberi fokus kepada aspek kerjasama keselamatan yang turut meliputi isu-isu maritim, isu rentas sempadan dan sebagainya," kata beliau.
Saifuddin berkata hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat juga bakal mengorak langkah ke arah satu lagi memorandum persefahaman yang akan ditandatangani tidak lama lagi selepas termeterainya Perkongsian Komprehensif yang ditandatangani kedua-dua negara pada 2014.
Beliau berharap hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Pada 2014 Malaysia dan Amerika Syarikat sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif yang menandakan fasa baharu dalam hubungan kedua-dua negara iaitu akan menyaksikan lebih banyak kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains, teknologi dan bidang-bidang lain.
Perkara ini dimeterai semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia pada April 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Saifuddin berkata, perbincangan itu adalah susulan kepada pertemuan antara mereka di Putrajaya pada 3 Mei lepas. - Gambar FB Saifuddin Nasution Ismail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.