KUALA LUMPUR: Malaysia adalah satu daripada 19 negara ahli East Asian-Australasian Flyway (EAAF) yang merupakan destinasi untuk burung hijrah berehat, mencari makanan dan perlindungan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan sempena Hari Burung Hijrah Sedunia di sini hari ini berkata setiap tahun, terdapat lebih 50 juta spesies burung hijrah bermigrasi melalui EAAF untuk mengelakkan musim sejuk di negara asal.
"East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP) telah ditubuhkan pada 6 Nov 2006 bertujuan untuk memberi fokus kepada perlindungan burung hijrah, habitat dan komuniti manusia yang bergantung dengannya.
"Bako Buntal Bay, Sarawak telah diiktiraf sebagai Flyway Network Site yang pertama di Malaysia pada tahun 2013," katanya.
Beliau berkata "Malapkan Cahaya Waktu Malam Demi Burung!" telah dipilih sebagai tema pada sambutan tahun ini bagi menyeru masyarakat dunia untuk memalapkan lampu yang tidak diperlukan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan kepada burung hijrah.
Katanya lampu yang terang boleh mengelirukan serta boleh menyebabkan haiwan itu terlanggar bangunan semasa terbang di waktu malam selain mengganggu ritma biologi burung hijrah.
"Sempena Hari Burung Hijrah Sedunia pada hari ini, saya menyeru semua pihak untuk sama-sama membulatkan tekad dan memperhebatkan usaha dalam memulihara burung hijrah.
"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaku national focal point bagi EAAFP juga mengalu-alukan kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai tapak persinggahan burung hijrah untuk mencalonkannya sebagai Flyway Network Site di Malaysia," katanya.
Hari Burung Hijrah Sedunia disambut setiap Sabtu minggu kedua Mei dan Oktober setiap tahun adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan pemuliharaan burung hijrah dan ekosistem mereka di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Hari Burung Hijrah Sedunia disambut setiap Sabtu minggu kedua Mei dan Oktober setiap tahun, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan pemuliharaan burung hijrah dan ekosistem mereka di peringkat global. - Gambar hiasan
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia antara 19 negara EAAF destinasi burung hijrah - Takiyuddin
Setiap tahun, terdapat lebih 50 juta spesies burung hijrah bermigrasi melalui EAAF untuk mengelakkan musim sejuk di negara asal.
Tiga anak burung hupo terbang meninggalkan sarang
Spesies burung hijrah itu yang berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia adalah antara yang berjaya membiak di negara ini.
Tiga anak burung hudhud Taman Tasik Taiping tinggalkan sarang
Anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.
Kualiti air Tasik Timah Tasoh perlu dipelihara
Ia dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya tiada usaha tegas dilakukan pihak berkuasa bagi memelihara kawasan yang menjadi nadi kepada pembangunan pertanian bersepadu itu.