PUTRAJAYA: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk segera memuktamadkan rundingan bagi menginstitusikan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC), yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala pada masa hadapan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi sehingga Khamis (23 Feb), berkata isu itu merupakan topik perbincangan utama bersama rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada hari kedua lawatan pertamanya ke negara itu.
Kedua-dua pihak, katanya, bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dua hala yang baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak.
"Kami juga bersetuju untuk meningkatkan lagi pertukaran lawatan pasca pandemik antara Malaysia dan Arab Saudi bagi mengukuhkan kerjasama dua hala daripada pelbagai aspek.
"Ini termasuk mencari ruang dan peluang melalui Visi 2030 Arab Saudi yang sememangnya merupakan agenda pembangunan yang sangat baik untuk diterokai bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Zambry merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi atas bantuan yang dihulurkan semasa COVID-19 serta keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan kerajaan kepada Malaysia untuk urusan haji dan umrah.
"Insya-Allah kuota haji untuk Malaysia tidak akan dikurangkan dan berkemungkinan besar akan ditambah," katanya.
Zambry menegaskan Arab Saudi kekal sebagai sekutu rapat Malaysia dan Kerajaan Perpaduan bertekad untuk terus mencari jalan bagi memajukan hubungan istimewa ini.
Beliau percaya pertemuan dengan Putera Faisal telah membuka lembaran baharu kepada hubungan kedua-dua negara, sambil menegaskan Arab Saudi kekal sebagai rakan karib Malaysia dengan Kerajaan Perpaduan yang komited untuk terus meneroka setiap peluang untuk membawa hubungan istimewa ini ke peringkat yang lebih tinggi. .
Pentadbiran Arab Saudi juga telah menyatakan bahawa ia menantikan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Zambry percaya pertemuan dengan Putera Faisal membuka lembaran baharu kepada hubungan kedua-dua negara. - Facebook Zambry Abd Kadir
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia untuk ekonomi mampan
Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan Malaysia terhadap pembangunan belia, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.

Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.

Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.

ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.