Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia dan Australia sepakat untuk berbincang lanjut mengenai kerjasama yang boleh dimainkan Malaysia bagi membantu mengatasi masalah pencari suaka yang dihadapi negara itu.
Perkara itu dicapai dalam perbincangan dua hala antara Najib dan rakan sejawatannya dari Australia Tony Abbott di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2013 di sini Isnin.
"Saya dan Perdana Menteri Australia memutuskan supaya kedua-dua menteri yang berkenaan dari Malaysia dan Australia merundingkan perkara ini untuk menentukan bagaimana kita boleh bantu dalam hal ini," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.
Najib yang tiba di sini pada Ahad, mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin APEC 2013 yang berlangsung dua hari mulai hari ini.
Perdana Menteri berkata pencari suaka merupakan masalah besar kepada Australia kerana orang hanyut itu boleh dikatakan menjadi mangsa eksploitasi manusia dan dijadikan sebagai kegiatan pemerdagangan manusia.
Masalah itu, kata Najib, membawa kesan cukup buruk dari segi bilangan manusia yang mati dalam perjalanan serta pembayaran wang dengan jumlah begitu besar kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Pihak yang terbabit dalam kegiatan itu juga tidak mementingkan keselamatan para pencari suaka kerana mereka menggunakan bot-bot yang berkeadaan tidak selamat sama sekali, katanya.
Dalam perbincangan itu juga, Najib berkata Abbott turut memberi gambaran fasa selanjutnya dalam Rancangan Colombo (Colombo Plan) yang akan berbentuk kebalikan Rancangan Colombo (reverse Colombo Plan).
"Colombo Plan selama ini telah membawa pelajar-pelajar dari luar ke Australia, mereka akan mencadangkan supaya dilakukan reverse Colombo Plan di mana pelajar-pelajar dari Australia pula akan belajar di institusi pengajian di Malaysia dan di negara lain supaya mereka lebih menghayati apakah sebenarnya keadaan budaya dan kefahaman yang lebih mendalam tentang cara hidup di Malaysia dan di Asean," katanya.
Mengenai pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand John Key, Najib berkata mereka berbincang mengenai sokongan New Zealand kepada Malaysia untuk mengisi satu daripada kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2015-2016 dan hasrat New Zealand untuk bertanding bagi jawatan sama.
"Ini tidak bertentangan sebab Malaysia adalah negara yang mewakili Asia dan Pasifik manakala New Zealand masuk kategori negara-negara lain. Maknanya New Zealand bersaing dengan Turki dan Sepanyol, padahal Malaysia masuk dalam kategori negara-negara Asia Pasifik," katanya.
Bernama
Mon Oct 07 2013


KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.