Malaysia Baharu, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan yang baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei sepatutnya "pastinya lebih baik" daripada pentadbiran sebelum ini yang memerintah negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Malah, Malaysia Baharu adalah penambahbaikan terhadap tempoh sepanjang saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun," katanya dalam temu bual dengan Investvine, portal berita perniagaan berpangkalan di Hong Kong yang membuat liputan secara lebih khusus di Asia Tenggara, merujuk kepada tempoh pertama kali beliau menjadi perdana menteri sehingga November 2003.
Dr Mahathir berkata Malaysia Baharu bermaksud kerajaan akan kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat.
"Mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak suka kerajaan sebelum ini, dan sudah tentu kami perlu mengambil tindakan pembetulan untuk membawa negara kembali kepada organisasi terdahulu. Di masa lalu, kakitangan awam, misalnya, tidak terbabit dalam politik, tetapi kehadiran mereka ialah untuk melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan kerajaan dan tidak sebagai anggota politik.
"Tetapi adalah agak ketara bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas atau sekitarnya, kakitangan awam sudah banyak berubah dengan mereka dilihat secara terbuka berkempen bagi pihak kerajaan dan itu adalah salah. Ia menjadikan mereka berat sebelah dan membuatkan mereka berusaha memastikan kerajaan sebelum ini menang (pilihan raya), ada kalanya dengan melakukan perkara yang salah," katanya.
Dalam temu bual oleh Pengarah Investvine Imran Saddique dan korespondennya Firoz Abdul Hamid, perdana menteri turut menyentuh tentang rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Mereka melihat peluang-peluang untuk membuat wang untuk diri mereka sendiri dan tidak teragak-agak untuk tunduk kepada godaan itu. Menyaksikan pemimpin kerajaan sendiri dituduh rasuah, kami mendapati banyak daripada mereka terlibat kegiatan rasuah dan sudah tentu kami tidak boleh benarkan orang-orang ini meneruskan itu kerana mengikut persepsi, etika mereka terhadap perkara-perkara itu bukan apa yang diharapkan daripada penjawat awam," katanya.
Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan baharu tidak membalas dendam dengan menyingkirkan mereka kerana apabila individu atau pegawai seumpama itu terlibat dalam salahlaku, adalah salah untuk kerajaan terus mengekalkan mereka.
"Mereka yang bersih, mereka dikekalkan. Ada kalanya amat sukar untuk menggantikan pegawai sedia ada kerana di bawah mereka juga terdapat pegawai rasuah. Ada masanya kami perlu turun tiga atau empat langkah ke bawah sebelum kami dapat jumpa pegawai yang tidak terlibat.
"Jadi prosesnya akan memgambil masa kerana tanpa pemimpin atau ketua kerajaan yang bersih, kami tidak akan dapat melakukan pembaharuan dan menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Dr Mahathir.
Beliau turut mendedahkan bahawa kerajaan sedang menyingkirkan "agak banyak orang" hanya kerana mereka terlibat dan bukan disebabkan penglibatan mereka sebagai anggota parti tetapi bagi kes-kes yang mereka secara terbuka berkempen untuk parti pemerintah sebelum ini.
"Kami tidak boleh jangkakan mereka menjalankan tugas mereka tanpa terjejas oleh kesetiaan mereka. Jadi itulah masalah utamanya dan oleh itu pertama sekali kami perlu mendukung kedaulatan undang-undang dan sekali lagi menerima pakai sistem tadbir urus demokratik," katanya.
Ditanya bagaimana beliau merancang untuk mengubah budaya itu dalam perkhidmatan awam, perdana menteri berkata ini akan mengambil masa kerana seluruh sistem nilai rakyat telah diremehkan khususnya di bawah kerajaan sebelum ini.
Perdana menteri turut memperkatakan tentang kerajaan sebelum ini yang suka memberi wang kepada rakyat yang jelas kerana kemiskinan tetapi malah mereka yang tidak miskin turut menjadi penerimanya.
"Malah setiap orang diberi wang percuma oleh kerajaan. Ini menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan dan mereka tidak lagi bekerja untuk menjana pendapatan. Mereka menjangkakan pendapatan mereka datang daripada kerajaan yang telah merosakkan etika kerja mereka sehingga ke tahap mereka tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan untuk hidup.
"Mereka berpendapat bahawa walaupun mereka tidak bekerja, kerajaan bertanggungjawab untuk menanggung mereka, dan ini sudah tentu amat tidak baik kerana ini bermakna mereka tidak produktif," katanya.
Dr Mahathir berkata jika keadaan itu berterusan, akhirnya jumlah mereka yang produktif akan berkurangan dan mereka tidak dapat membayar cukai yang diperlukan kerajaan untuk menampung "cara pentadbiran amat mewah ini" yang memberikan hadiah percuma kepada rakyat.
"Jadi kami perlu mengubahnya dan pasti akan ada natijahnya," katanya.
Beliau memberikan contoh wang diberikan kepada nelayan yang dibayar setiap bulan sama ada mereka menangkap ikan atau tidak dan ini adalah sesuatu yang kerajaan tidak mampu tampung kerana wang itu diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Seperti wang daripada 1MDB yang diambil oleh kerajaan dan diberikan kepada rakyat. Kami tidak boleh lakukan itu kerana kami tidak ada wang. Tetapi jika kami beritahu rakyat bahawa "maaf kami tidak boleh berikan kepada anda apa yang anda sudah biasa terima', ia tidak akan dapat diterima dengan mudah kerana mereka akan kata 'kerajaan sebelum ini lebih baik'. Tetapi kami perlu beritahu mereka secara berhemah bahawa tidak mungkin kami akan beri wang kecuali anda berkerja untuk meraih pendapatan," katanya.
Ditanya adakah keseluruhan prestasi sistem pengurusan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam perlu disemak semula sebagai sebahagian usaha untuk mengubah budaya itu, Dr Mahathir berkata beliau melihat kepada keperluan untuk menaikkan pangkat penjawat awam lebih muda untuk menggantikan mereka yang "teruk".
"Mereka mungkin kurang pengalaman tetapi dengan diberi latihan, mereka akan menjadi golongan baharu yang tidak tercemar dengan amalan tidak baik di masa lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018

Perdana Menteri turut memperkatakan tentang kerajaan sebelum ini yang suka memberi wang kepada rakyat yang jelas kerana kemiskinan tetapi malah mereka yang tidak miskin turut menjadi penerimanya. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.