Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata pengumuman itu dibuat berikutan tiada pengesanan baru penyakit itu selama 90 hari sejak pembasmian kuman yang terakhir dibuat pada 1 April lalu.
"Tempoh 90 hari tersebut adalah syarat yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dalam menangani penyakit-penyakit haiwan seumpama ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Quaza Nizamuddin berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar laporan penuh kepada OIE mengenai situasi dan langkah-langkah yang telah diambil untuk membolehkan OIE menyenaraikan Malaysia secara rasmi sebagai satu daripada negara bebas penyakit selsema burung H5N1.
Dengan status itu, katanya negara pengimport seperti Jepun, Indonesia, Sri Lanka dan China dijangka membuka sekatan eksport sementara yang dikenakan sebelum ini dan membenarkan semula kemasukan ayam, itik dan sarang burung walit dari Malaysia.
Kes HPAI dikesan pada 28 Februari di Kampung Pulau Tebu, Mukim Tunjung, Jajahan Kota Bharu dalam kelompok 26 ekor ternakan ayam kampung di mana 16 daripadanya didapati sakit.
Ayam yang sakit menunjukkan tanda klinikal seperti bengkak muka, tiada selera makan dan balung berwarna merah kebiruan dengan kadar kematian yang tinggi.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri apabila wabak itu merebak dari Kota Bharu dan Pasir Mas ke Bachok dan Pasir Puteh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017

Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas. - Foto REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia bebas penyakit selesema burung
Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.