Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan negara Anggota ASEAN bagi mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelancongan tunggal yang mampan dan berdaya saing.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, ASEAN perlu lebih proaktif untuk mempromosikan pelaburan langsung asing dan peluang pelaburan pelancongan yang terdapat di negara mereka kepada bakal pelabur yang berada di Jepun.
“Bagi mencapai hasrat itu negara anggota digesa mengenal pasti produk-produk pelancongan dan prasarana berkualiti yang boleh diangkat sebagai tarikan utama negara masing-masing.
“Seperti membangunkan taman-taman tema, pusat peranginan bermodelkan alam semulajadi atau eco-resorts, hotel-hotel lima bintang dan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa," katanya.
Komitmen dan hasrat itu disampaikan Mohamaddin ketika berucap pada Seminar Pelaburan Pelancongan ASEAN-Jepun 2019 di Osaka, Jepun pada Khamis.
Seminar tersebut diadakan sempena pembukaan Ekspo Pelancongan Jepun - TEJ 2019 yang bermula 23 Oktober dan berakhir pada 26 Oktober ini.
Pada seminar tersebut sembilan negara anggota ASEAN membentangkan projek dan portfolio pelaburan pelancongan masing-masing serta insentif yang terdapat di negara mereka kepada 50 pelabur Jepun yang menghadiri program berkenaan.
Malaysia berkongsi prospek pelaburan pelancongan terkini di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak, serta insentif ditawarkan oleh kerajaan kepada pelabur asing, termasuk insentif terkini yang diumumkan pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Bercakap di luar seminar Mohamaddin berkata pasaran pelancongan di negara matahari terbit itu penting buat Malaysia kerana negara menyaksikan peningkatan saban tahun kemasukan pelancong Jepun ke Malaysia.
“Ini merupakan penyertaan kali ke- 42 negara pada Ekspo Pelancongan Jepun dan ini merupakan antara pasaran penting negara.
“Jepun merupakan pasaran tradisional bagi Malaysia yang menyumbang 394,540 pelancong ke Malaysia pada tahun 2018 dan menjadikannya 10 negara teratas kehadiran pelancong ke negara kita," katanya.
Mohamaddin berkata, dari sudut perbelanjaan pelancong pula ia menyaksikan peningkatan sebanyak 37.7 peratus atau RM 1,670.1 juta pada 2018 berbanding RM1,213.1 juta pada tahun 2017.
“Terkini, dari Januari hingga Julai tahun ini, terdapat sejumlah 231,831 pelancong Jepun yang melawat Malaysia dan ia meningkat sebanyak 5.9 peratus berbanding 218,940 pelancong pada 2018.
“Melalui penyertaan dalam TEJ 2019 ini, Malaysia merancang untuk menarik sejumlah 480,000 pelancong Jepun menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Astro Awani
Thu Oct 24 2019
Mohamaddin (lima dari kiri) bergambar selepas Seminar Pelaburan Pelancongan ASEAN-Jepun 2019 di Osaka, Jepun.
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
Warisan tak goyah walau ramai pemimpin tertinggi keluar parti - Shafie Apdal
Jelas Shafie dengan keluar parti dan menubuhkan parti yang berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara.
Malaysia bekerjasama dengan Negara ASEAN promosi pelancongan Asia
Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan negara Anggota ASEAN bagi mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelancongan tunggal yang mampan dan berdaya saing.
Malaysia jadi produk pemasaran pelancongan Arab Saudi
Pemain industri pelancongan Arab Saudi kini meletakkan Malaysia sebagai produk pemasaran utama mereka, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Royal Floria Putrajaya tarik 50,000 pelancong dalam tempoh tiga hari
Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.
Ini amaran menteri kepada pengusaha premis penginapan pelancong
Ia merupakan perkara logik akal yang perlu dilakukan oleh para pengusaha penginapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu yang juga pelanggan mereka.
Cukai Pelepasan beri manfaat kepada negara - Mohamaddin Ketapi
Menurut Datuk Mohamaddin Ketapi, kutipan cukai itu juga bakal digunakan untuk pembangunan dan menyelesaikan hutang negara.
Longgarkan syarat pinjaman dana pelancongan
Ini berikutan rungutan dan aduan daripada pemohon industri pelancongan yang gagal mendapatkan pinjaman daripada bank-bank terlibat.
Khazanah Lahad Datu ke mata dunia menerusi 'Travel Mart'
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan giat mempromosikan daerah Lahad Datu ke mata dunia menerusi program 'Travel Mart'.
Rangka remaja perempuan prasejarah dijumpai di Gua Chawan, Kelantan
Rangka manusia prasejarah yang dipercayai remaja perempuan berumur antara 6,000-8,000 tahun dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.