Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, semalam.
Pada aksi di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini, pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira skuad Malaysian Tigers apabila meledak lima gol.
Perlawanan berkenaan nyata berat sebelah apabila Malaysia selesa mendahului 9-1 pada babak pertama perlawanan dengan gol skuad negara dijaringkan oleh Faizal Saari seawal minit pertama, Faiz Helmi Jali (minit keenam), Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ketujuh), Nik Aiman Rozemi Nik Muhammad (minit kelapan dan ke-12) dan Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-19 dan ke-21.
Jaringan lain dicipta oleh Meor Azuan Hassan pada minit ke-22 dan Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-30, namun Kazakhstan berjaya meraih satu gol menerusi pukulan penalti Aman Yelubayev pada minit ke-14.
Sebaik sahaja babak kedua perlawanan, skuad negara melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kazakhstan dan berjaya menambah tujuh lagi gol.
Muhammad Razie mempamerkan ketajamannya menerusi penyudah pukulan sudut penalti pada minit ke-34, ke-42, ke-48 dan ke-55) selain jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-38) dan Faizal (minit ke-43 dan ke-52) , namun Kazakhstan berjaya meraih gol kedua hasil jaringan padang Ilgam Abdulabayev pada minit ke-54.
Bercakap kepada pemberita selepas permainan, Ketua Jurulatih Hoki Negara, Stephen Van Huizen berkata beliau sungguh berpuas hati dengan aksi cemerlang anak buahnya dan berharap mereka akan mengekalkan momentum kemenangan apabila bertemu Thailand dalam perlawanan kedua pada pusingan awal, Rabu ini.
"Apabila kami mendahului 5-0 dalam suku pertama , kami tahu kami adalah pasukan yang lebih baik tetapi saya hanya memberitahu pemain supaya kekal fokus serta kurangkan kesilapan dan yang paling penting, pemain bebas daripada sebarang kecederaan, " katanya.
Berkongsi pandangan sama adalah Muhammad Razie yang berpuashati dengan persembahan cemerlang ditampilkan rakan sepasukan dan mahu mereka mengekalkan rentak kemenangan.
"Kita akan meneruskan apa yang terbaik pada hari ini dan kurangkan kesilapan apabila berdepan Thailand nanti," katanya yang beraksi di posisi pertahanan.
Terdahulu, juara lapan kali Sukan Asia, Pakistan berpesta gol membelasah Thailand 10-0 manakala Bangladesh mengatasi Oman 2-1 dalam aksi Kumpulan B.
Acara hoki Sukan Asia 2018 yang bermula semalam, akan berakhir pada 1 September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 20 2018

Faizal Saari meraikan gol bersama rakan sepasukannya dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang pasukan Kazakhstan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. - Foto BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Malaysia belasah Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan hoki Sukan Asia
Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, semalam.

Hoki: Malaysia kalah teruk kepada Jepun
Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun.