KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dalam negara masih mencukupi dan negara belum sampai ke peringkat krisis makanan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian itu, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.
"Ini kerana sekitar 94 peratus pengeluaran ayam adalah untuk bekalan tempatan manakala enam peratus sahaja untuk eksport.
Secara keseluruhan, negara kita mengeluarkan sekitar 54 juta ekor ayam sebulan dan kapasiti mengeluaran ini boleh menampung keseluruhan keperluan rakyat," katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk "Krisis Makanan: Apakah Jaminan MAFI Terhadap Sekuriti Makanan Negara ?" hari ini.
Beliau berkata selain itu, sekitar 72 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan menternak ayam adalah makanan dan makanan ayam ini diimport dari luar negara seperti Brazil dan Argentina.
"Jagung bijian yang digunakan untuk makanan ayam kita tidak tanam lagi di Malaysia secara besar-besaran dan oleh sebab itu, MAFI ke arah mengindustrikan jagung bijian supaya kita dapat menyelesaikan isu import jagung bijian dari luar negara," katanya.
Badrul Hisham turut mencadangkan agar pengeluar sawit misalnya memperuntukkan sedikit daripada keluasan tanah ladang untuk penanaman jagung bijian sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara kepada jagung bijian dari luar negara yang memakan kos yang tinggi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu gandum pula, Badrul Hisham berkata keputusan India mengenakan sekatan eksport gandum tidak memberi kesan memandangkan sumber utama bekalan gandum negara datang daripada Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Katanya, India hanya mengeksport sekitar 1.9 peratus sahaja bekalan gandum mereka untuk pasaran dalam negara.
Sementara itu, Badrul Hisham berkata MAFI dan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berusaha mengatasi isu ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan makanan yang mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara. - Gambar hiasan
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Akauntan rugi RM460,888 terpedaya pelaburan Bitcoin
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang akauntan, mendakwa dirinya ditipu satu pelaburan Bitcoin bernama 'Pfou' yang disertainya Julai lalu.
Malaysia ketengah tiga tonggak utama di pemukiman Menteri Luar
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Protes besar-besaran bermula di Nigeria akibat kesukaran ekonomi, krisis makanan
Protes dilapor bermula awal di Lagos, hab komersial Nigeria, walaupun kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan demonstrasi.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
557,000 wanita di Gaza kini hadapi masalah kekurangan makanan - Wanita PBB
Ramai wanita di Gaza melangkau waktu makan atau mengurangkan pengambilan makanan mereka sendiri untuk memastikan anak-anak mereka mendapat makanan.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine
Moscow berkata perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
PBB bimbang krisis makanan semasa jejaskan Asia Barat
Lima negara di rantau Asia Barat mengalami kadar inflasi makanan melebihi 60 peratus.
DUN Sabah: Transformasi sektor pertanian wajar, elak krisis makanan - Ghulam Haidar
Penekanan Belanjawan Sabah 2023 bagi sektor pertanian penting dalam usaha mentransformasikan sektor itu supaya lebih moden dan dinamik.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.
PBB gesa semua pihak perbaharui perjanjian bijirin Ukraine
Perjanjian itu yang pada mulanya ditandatangani untuk 120 hari, akan tamat pada 19 November.
Sistem makanan berdepan tekanan - Bank Pembangunan Asia
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia.