Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan Turki bagi membantu pelarian yang meninggalkan tanah air mereka atas sebab-sebab ekonomi.
Selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci pada Isnin, beliau berkata penyelesaian jangka panjang perlu untuk membantu mereka dari segi ekonomi supaya mereka kembali ke negara asal mereka.
"Mungkin beberapa dasar boleh disesuaikan dengannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata Turki dan Malaysia perlu kukuh daripada segi ekonomi untuk membantu ummah.
"Kita perlu menjadi negara yang kuat, bersatu dan membantu antara satu sama lain untuk membantu pihak lain di kawasan-kawasan yang menghadapi perbalahan dan menjadikan tempat ini sebagai tempat yang lebih baik untuk semua," kata beliau.
Sementara itu Duta Turki itu bersetuju sambil menyatakan harus ada pendekatan dua penjuru untuk tujuan ini.
"Malaysia dan Turki yang mempunyai kedudukan yang kukuh, bebas dari segi ekonomi perlu, dengan peningkatan kerjasama antara kedua-dua negara sebagai dua kuasa serantau. Apabila kita berkembang dengan pesat, kita berada dalam kedudukan lebih baik untuk membantu mereka yang memerlukan," kata beliau.
Semasa kunjungan hormat itu, Dr Wan Azizah mencadangkan kerjasama dalam keselamatan siber dan kecerdasan buatan bagi kedua-dua negara kerana dunia hari ini menghadapi ancaman baharu dalam bentuk ancaman siber.
Dr Kavakci bersetuju sambil menyatakan adalah baik bagi negara-negara untuk menghasilkan teknologi sendiri dalam bidang ini bagi memastikan mereka tidak diancam oleh pihak lain.
Duta Turki itu berkata Turki dan Malaysia berminat untuk bekerjasama dalam pemindahan teknologi, pendidikan, pertahanan, pembinaan, pembangunan industri makanan organik dan umum serta tekstil.
Beliau berkata adalah tugas penting baginya untuk memastikan Malaysia dan Turki menjadi lebih rapat dalam setiap aspek kerjasama.
"Perdagangan kita adalah sekitar USD3 bilion bagi pihak Malaysia dan lebih USD300 juta bagi pihak kami. Ini perbezaan besar tetapi Insya Allah, kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan perdagangan yang sama rata dan meningkatkan perdagangan.
"Kami mahu membawa industri Turki dan industri Malaysia bersama-sama, bukan untuk satu pihak menguasai yang lain, tetapi untuk bekerjasama, untuk bergabung dalam pemindahan teknologi dan lain-lain," kata beliau.
Sementara itu, Dr Kavakci berkata Turki berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang kesihatan dan bidang akademik dengan Malaysia dan menjalin kerjasama dalam teknologi inovatif dan penjanaan ilmu pengetahuan.
Beliau berkata Malaysia adalah pintu masuk bagi Turki ke Asia, Timur jauh dan India sementara Turki boleh membantu untuk menjadikan Malaysia lebih menyerlah di benua Afrika.
Isu-isu lain yang dibincangkan termasuk peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menangani dan pembaharuan bagi memastikan ia tidak berada di bawah monopoli mana-mana negara dan memastikan ia bersifat inklusif untuk melibatkan penyertaan ummah yang lebih luas serta menjadikan Perjanjian Perdagangan Bebas yang ditandatangani antara Malaysia dan Turki pada 2014 lebih menyerlah.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Turki meningkat sebanyak 38.9 peratus pada 2017 kepada USD2.8 bilion daripada USD2 billon pada 2016. Eksport meningkat sebanyak 42.2 peratus kepada USD2.4 bilion pada 2017 berbanding USD1.7 bilion pada 2016. Pada masa yang sama, import meningkat sebanyak 24.1 peratus kepada USD0.36 bilion berbanding USD0.3 bilion pada 2016.
Tahun lepas, eksport utama Malaysia ke Turki ialah minyak sawit dan produk berasaskan sawit; produk logam; tekstil, pakaian dan kasut; bahan kimia, dan produk kimia; serta produk elektrikal dan elektronik.
Import utama dari Turki ialah tekstil, pakaian dan kasut; jentera, peralatan dan alat ganti; bahan kimia dan produk kimia; produk petroleum; serta buah-buahan dan produk pertanian lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 13 2018
Wan Azizah berkata Turki dan Malaysia perlu kukuh daripada segi ekonomi untuk membantu ummah. - Gambar fail
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter, seorang maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Penari jadi duta perkenal pelbagai tarian Malaysia di Jepun
Tugas memperkenalkan keindahan tarian negara itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan koreografi yang memukau bagi memastikan penonton kekal fokus.
'Kepelbagaian, keindahan dan makanan,' Pesuruhjaya Tinggi UK kongsi pengalaman di Malaysia
Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta, kata Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.
Anak jadi duta Maybelline, Shah Rukh Khan tumpang bangga
Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
Lantikan Nazri sudah dibuat setahun lepas - Anwar
Kata Anwar, keputusan melantik Nazri dibuat awal tahun lepas dan pihaknya tidak melihat alasan kukuh untuk membatalkannya.
Bekas PM Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke AS
Rudd akan berlepas ke Washington pada awal 2023 menggantikan Arthur Sinodinos yang telah berkhidmat selama tiga tahun.
UAE hantar semula duta ke Iran
Penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Singapura terima watikah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu
Yang di-Pertuan Agongpada 15 Jun lalu menyampaikan watikah pelantikan Dr Azfar dan 18 duta baharu Malaysia.
Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.