KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai semua peluang untuk berkembang dengan mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), yang dijangka menjadi salah satu input baharu untuk memacu ekonomi.
Bagaimanapun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata, kemampuan masyarakat untuk mengadaptasi teknologi baharu secara meluas tidak hanya bergantung kepada teknologi dan ketersediaannya semata-mata.
Sebaliknya, Nadella, yang sudah 32 tahun berkhidmat di Microsoft berpandangan ia juga terletak kepada kepercayaan masyarakat terhadap teknologi berkenaan, tentang bagaimana ia akan memberi manfaat secara lebih inklusif.
"Tetapi kita juga mempunyai risiko. Oleh itu kita perlu menangani risiko ini di sini sekarang, contohnya, mengadakan pilihan raya dan (berita) palsu, bukan? Jadi itu adalah kebimbangan sebenar bagi mana-mana demokrasi.
"Oleh itu, kami bekerjasama dengan banyak organisasi, dalam industri teknologi dan di luar industri teknologi untuk mencipta, sebagai contoh standard (tentang) semua perkara teknologi ini.
"Tambahan pula, ini adalah cabaran sosio teknikal, bukan? Ini bukan sekadar cabaran teknikal. Oleh itu, kita perlu mempunyai persamaan untuk melindungi demokrasi kita dan supaya kita boleh menghapuskan kepalsuan yang sangat mendalam dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail yang disiarkan dalam Agenda AWANI pada Jumaat.
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilihat ialah seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Dalam temu bual berkenaan, Nadella turut ditanyakan mengenai harapan beliau dalam tempoh empat tahun susulan komitmen pelaburan di Malaysia oleh Microsoft, berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion).
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia.
"Sebenarnya, empat tahun dari sekarang, apakah produk popular yang dicipta di Malaysia yang mendapat sambutan di seluruh dunia? Apakah penembusan itu?
"Itu berlaku kerana akses kepada teknologi terkini dalam ekonomi tempatan yang mempunyai kesan transformatif dengan mengatakan bahawa lebihan sosial yang dihasilkannya, sama ada dalam pendidikan atau kesihatan.
"Jika anda dan saya duduk di sini meraikan kejayaan sebuah syarikat terkenal dari Malaysia, dan benar-benar melihat hasil kesihatan dan pendikan yang lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia, itu akan menjadi masa depan yang yang hebat untuk dinantikan," ujar beliau lagi.
Dalam masa sama, Nadella berkata perbualan beliau ketika pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disifatkan sebagai memberi inspirasi.
"Beliau (Perdana Menteri) sangat baik. Anda tahu, beliau pastinya sangat fokus untuk memastikan teknologi baharu ini tersedia, dan yang lebih penting, digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.
"Beliau sangat fokus dan ia adalah baik untuk mendengar yang beliau benar-benar menyokong," katanya.
Microsoft akan melabur AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan AI negara untuk tempoh empat tahun akan datang.
Pelaburan itu termasuk membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.
Pelaburan itu menunjukkan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kepada pengkomputeran awan dan teknologi maju yang berkaitan, termasuk AI generatif.
Hasimi Muhamad
Sat May 04 2024

Nadella dalam temu bual eksklusif bersama Ashwad di ibu negara baru-baru ini, berbincang mengenai potensi AI dan nilai komitmen pelaburan Microsoft di Malaysia. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.