KUALA LUMPUR:Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada potensi aliran masuk pelaburan apabila syarikat multinasional mempercepatkan keputusan mereka untuk mengoptimumkan model perniagaan serta mencari model operasi pusat yang 'bernilai tinggi, berimpak tinggi' di lokasi strategik.
Menurut panduan pelabur terbaharu Ernst and Young (EY), "KL calling: dynamic, digital, diverse", Kuala Lumpur semakin mendapat perhatian pelabur global sebagai lokasi pilihan utama untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini dan global.
Ketua Perunding dan Rakan Pengurus Perunding Malaysia EY Asean Chow Sang Hoe berkata susulan pandemik COVID-19, syarikat multinasional telah mempercepatkan keputusan mereka untuk menstruktur semula rantaian bekalan mereka, mempelbagaikan sumber bekalan dan mencari pangkalan pembuatan tempatan dan berdekatan pasaran ASEAN bagi mengurangkan gangguan dan ketidakpastian.
"Kedudukan Kuala Lumpur yang sangat kompetitif telah melonjakkannya menjadi lokasi pilihan utama." kata EY dan InvestKL dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli berkata meskipun penularan COVID-19 yang masih berterusan, agensi itu masih giat berbincang dengan pelabur berpotensi dan berada di landasan untuk mencapai petunjuk prestasi utamanya untuk menarik 100 syarikat multinasional menjelang akhir tahun ini.
"Walaupun sesetengah pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat, namun yang lain tetap komited kepada pelaburan mereka kerana mereka mempunyai pandangan jangka panjang.
"Banyak syarikat multinasional telah mengubah keputusan mereka ke arah Kuala Lumpur dan kami sedang berbincang dengan syarikat multinasional daripada sektor perkhidmatan tokokan nilai tinggi, teknologi dan digital yang melahirkan minat untuk mengembangkan kapasiti mereka atau membuka ibu pejabat serantau mereka di sini, di Kuala Lumpur," katanya.
Malaysia berada di kedudukan ke-12 dalam rangking Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia pada 2020 dengan jumlah pelaburan langsung asing dilulus berjumlah RM82.4 bilion pada 2019.
Pada 2019, InvestKL membantu lebih 90 syarikat multinasional yang berminat untuk menimbang membuka operasi di Greater KL.
Susulan pertumbuhan dua angka ekonomi digital Malaysia kepada hampir US$64 bilion (RM268 bilion) pada 2020, jumlah syarikat multinasional yang menyasarkan Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan mereka dijangka turut berkembang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020

Malaysia berada di kedudukan ke-12 dalam rangking Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia pada 2020 dengan jumlah pelaburan langsung asing dilulus berjumlah RM82.4 bilion pada 2019. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KKMM harap polisi kesalinghubungan internet dipertimbang dalam Belanjawan 2021
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, pihaknya berharap cadangan polisi itu akan diketengahkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Malaysia berpeluang tarik FDI di tengah-tengah situasi COVID-19
Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada potensi aliran masuk pelaburan apabila syarikat multinasional mempercepatkan keputusan mereka untuk mengoptimumkan model perniagaan.