KANGAR: Kerajaan akan terus memberi perhatian khusus terhadap warga emas sebagai persediaan bagi menghadapi status negara tua menjelang 2030, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata, peratus warga emas (melebihi umur 60 tahun) dijangka meningkat secara drastik iaitu kepada 5.3 juta dalam masa 10 tahun akan datang.
"Pada 2020 terdapat 3.7 juta orang warga emas di negara ini dan ia dijangka meningkat sebanyak 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta pada 2030," katanya ketika berucap pada Program Volunteerism @Pawe: Bengkel Kemahiran Asas Kesukarelawanan di sini hari ini.
Beliau berkata kajian, juga menunjukkan hampir 23 peratus atau 538,000 orang daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom sarang kosong iaitu 'empty nest' (rasa kesunyian dan sedih) akibat tinggal bersendirian dan jauh daripada anak-anak.
"Kesunyian dan kemurungan ini memberi kesan kepada kesihatan mereka, serta membataskan peranan mereka sebagai anggota masyarakat," katanya.
Rina berkata kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Pelan Strategiknya 2021 hingga 2025, memberi penekanan kepada pembangunan warga emas di negara ini.
Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah menaikkan bantuan kewangan tahunan pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daripada RM33,330 kepada RM50,000 bagi melaksanakan program dan aktiviti PAWE selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.
Katanya, pada tahun ini juga sebanyak RM7.15 juta diperuntukkan bagi pengoperasian 143 PAWE di seluruh negara sebagai tanda komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas.
Beliau berkata PAWE beroperasi berteraskan konsep Organisasi Berasaskan Komuniti yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dengan kerjasama strategik KPWKM.
Bernama
Fri Apr 09 2021
Menurut Rina, peratus warga emas (melebihi umur 60 tahun) dijangka meningkat secara drastik iaitu kepada 5.3 juta dalam masa 10 tahun akan datang.
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.