Malaysia berusaha untuk mengemukakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melalui satu resolusi untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika menyampaikan ucapan pada Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York semalam, berkata Malaysia mengulangi seruannya bagi GMM untuk membendung api kebencian dan pengaruh ekstremisme dan idea-idea tidak bertoleransi, xenofobia dan kebencian kaum.
"Dalam hubungan ini, amatlah penting bagi masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya untuk menggembleng tenaga dalam usaha mencapai aspirasi damai secara bersama dan meraikan kepelbagaian kita dan tidak dipengaruhi dan terjerumus ke dalam kancah ekstremisme.
"Justeru, Malaysia berharap dapat membawa inisiatif Pergerakan Kesederhanaan Global ke PBB melalui satu Resolusi pada Sesi ini," kata Anifah. Teks ucapan beliau dihantar ke sini, hari ini.
Anifah juga menegaskan bahawa suara kebenaran, toteransi dan kefahaman juga tidak kurang penting untuk menenggelamkan suara-suara yang mengagungkan ekstremisme yang menyemai unsur-unsur kebencian di kalangan komuniti kita".
GMM adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sesi ke-65 UNGA pada 2010.
Dalam ucapannya, Anifah juga membangkitkan isu Rohingya dan menambah bahawa keganasan yang dilakukan sewenang-wenangnya semasa operasi pembersihan oleh kerajaan Myanmar ke atas kumpulan militan Rohingya di wilayah Rakhine telah menimbulkan kebimbangan berat Malaysia dan negara-negara lain.
Beliau berkata operasi itu telah meragut nyawa ramai orang awam yang tidak berdosa dan menyebabkan lebih 400,000 etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dari negara itu.
"Kekejaman itu telah mencetuskan krisis kemanusiaan berskala besar yang dunia tidak boleh menutup mata tetapi perlu bertindak untuk menanganinya. "Jika keadaan sekarang tidak ditangani dengan bijak, masyarakat yang terdesak di Rakhine dengan mudah boleh dieksploitasikan oleh kumpulan pelampau untuk merekrut mereka. Kekecewaan dan kemarahan yang berpanjangan boleh mewujudkan situasi untuk kumpulan-kumpulan pelampau menangguk di air keruh," kata beliau.
Beliau juga mendesak kerajaan Myanmar untuk menamatkan keganasan dan menghentikan kemusnahan kehidupan dan harta benda dan membenarkan akses tanpa halangan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan.
Anifah memuji kerajaan Bangladesh kerana menerima hampir setengah juta pelarian Rohingya sejak tiga minggu lalu sambil berkata Malaysia juga telah mengirim bantuan kemanusiaan ke Bangladesh dan akan terus menghantar lebih banyak bantuan kepada masyarakat Rohingya.
Mengenai isu Palestin yang situasinya masih amat sukar dan rumit kerana Israel terus mencabuli undang-undang antarabangsa melalui pendekatan "penindasan", beliau menggesa supaya usaha terus dijalankan untuk mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan.
Beliau berkata sebarang tindakan oleh Israel, untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbiran di Kota Suci Baitulmaqdis, adalah menyalahi undang-undang dan tidak boleh diterima, sambil menambah Malaysia amat kecewa terhadap prospek yang semakin pudar bagi kewujudan bersama disebabkan sikap Israel yang meneruskan pembinaan penempatan-penempatan haram.
Beliau menarik perhatian bahawa pelaksanaan Resolusi 2334 yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB pada 2016 terus menjadi cabaran, beliau berkata: "Jika kita terus membenarkan resolusi itu menjadi lemah dan menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan, maka kita akan bersalah melenyapkan usaha ke arah penyelesaian konflik dua negara."
Beliau juga mengulangi pendirian Malaysia untuk menyokong usaha Jawatanuasa mengenai Pelaksanaan Hak Rakyat Palestin dan pendekatan pro aktif untuk menekankan tentang perlunya penerbitan laporan suku tahunan bertulis Setiausaha Agung mengenai pelaksanaan resolusi-resolusi tersebut.
"Malaysia akan terus menyokong usaha UN Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA). Nasib kira-kira lima juta pelarian Palestin yang berdaftar tidak harus diabaikan," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Anifah mengulangi pendirian Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian dan pelancaran peluru berpandu nuklear oleh Korea Utara yang jelas menggugat usaha ke arah perlucutan senjata dan pembasmian senjata nuklear.
Beliau berkata Malaysia juga mendesak Korea Utara berhenti daripada menjalankan ujian dan pelancaran senjata nuklear seterusnya dan menghentikan program peluru berpandu nuklear dan balistiknya.
Anifah juga menggesa Korea Utara mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsa demi memelihara keamanan dan keselamatan serantau.
Anifah kini mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Ke-72 UNGA tahun ini di New York dari 18 hingga 26 Sept dan beliau juga dijadual menghadiri mesyuarat berkaitan ASEAN dan OIC, Mesyuarat Menter-menteri Luar Komanwel dan Mesyuarat peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
Bertemakan "Focusing on People: Striving for Peace and a Decent Life for All on a Sustainable Planet', sesi UNGA tahu ini memberi tumpuan tentang bagaimana PBB boleh membanu masyarakat di seluruh dunia supaya mereka boleh hidup dalam suasana aman dan menjalani kehidupan dengan cara yang mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017

Anifah juga menegaskan bahawa suara kebenaran, toteransi dan kefahaman juga tidak kurang penting untuk menenggelamkan suara-suara yang mengagungkan ekstremisme yang menyemai unsur-unsur kebencian di kalangan komuniti kita". Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.