KUCHING: Ketabilan politik dan kerajaan futuristik akan memberi laluan kepada Malaysia untuk merealisasikan misinya menghantar angkasawan kedua pada 2030, kata angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau berkata inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawati atau angkasawan wanita pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pusingan pemilihan dijangka pada 2025 atau 2026.
"Rangka tindakan itu adalah untuk mencari angkasawati, jadi seorang (angkasawan) wanita kali ini dan saya berharap individu itu adalah dari Sarawak," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah sempena penganjuran pameran replika bulan yang diberi nama Muzium of the Moon di Muzium Budaya Borneo di sini malam tadi.
Pada 2013, dilaporkan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan untuk menjalankan pelbagai tugasan penyelidikan di ISS menjelang 2016.
Mengenai pameran itu, beliau berkata muzium berkenaan digalakkan untuk merancang lebih banyak aktiviti pada masa akan datang yang dapat menyemai minat pengunjung muda untuk menjadi doktor, saintis dan jurutera.
Terdahulu dalam ceramah motivasi bertajuk "Perjalanan ke Angkasa", Dr Sheikh Muszaphar yang mengembara ke angkasa pada 2007 berkata kerajaan Sarawak memainkan peranan penting untuk mencetuskan minat pelajar Sarawak untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran Museum of The Moon itu memberi pendedahan yang perlu kepada penuntut universiti dan pelajar sekolah mengenai pendidikan STEM khususnya tentang bulan.
Beliau berkata pameran seperti itu seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) bagi mengiktiraf kepentingan menggabungkan sains.
"Walaupun kita masih jauh dari segi penerokaan angkasa lepas, masyarakat yang berasaskan sains dan data mesti diwujudkan sebagai asas kukuh untuk pertumbuhan masa depan dalam pendidikan STEM di semua peringkat," katanya dalam ucapan perasmian.
Penganjuran pameran bulan itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia bermula 17 Jun sehingga 5 Ogos, memaparkan karya seniman Luke Jerram dari United Kingdom yang terkenal dengan hasil seni berskala besar.
Pengunjung akan terpukau menyaksikan replika besar bulan yang digantung di bahagian tengah muzium yang dinyalakan lampu di permukaan sfera, berukuran tujuh meter diameter, menampilkan imej terperinci permukaan bulan daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023

Sheikh Muszaphar berkata inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawan wanita pertama negara ke ISS. - Foto fail/BERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.

Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS
Misi itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan NASA dan ia membabitkan firma Vast.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.

Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS
Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah dimasukkan ke hospital selepas kepulangan misi Crew-8 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Prada, syarikat pemula AS lancar sut angkasa lepas baharu untuk misi Artemis NASA
Jenama fesyen mewah Itali Prada dan syarikat pemula Amerika Syarikat Axiom Space Inc melancarkan rekaan sut angkasa lepas baharu.

SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.

8 hari jadi 8 bulan, 2 angkasawan terkandas dibawa pulang ke bumi tahun depan
NASA pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Boeing's Starliner ke bumi pada September.