KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menjadi negara contoh dalam soal keamanan sosial buat dunia.
Jelas Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Malaysia berjaya berada pada kedudukan ke-23 dalam Indeks Keamanan Global 2021 sekali gus membuktikan keselamatan dan keamanan negara berada pada tahap terbaik.
"Sebagai Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini saya berada di UKM untuk bercakap tentang topik ‘Applying the concept of Social peace for the Malaysian Community'.
"Tidak dapat dinafikan bahawa kita sebagai sebuah negara mempunyai kelemahan, namun Malaysia berpotensi untuk menjadi contoh dalam soal keamanan sosial," jelasnya dalam kenyataan media pada Rabu.
Malah konflik keganasan di beberapa negara jelasnya lagi turut menjadi penghalang utama bagi dunia mencapai Matlamat Pembangunan Mampan menjelang tahun 2030.
Lebih malang tambahnya, kesan yang dirasai manusia juga tidak dapat dielakkan seperti wujudnya jutaan pelarian perang di beberapa negara.
Bagaimanapun, tambah Dr Irmohizam, sejarah dan pengalaman Malaysia membawa kepada pelbagai pendekatan inklusif dirancang dan dilaksanakan di negara ini.
Ia sekali gus menjadi kunci keamanan sosial yang boleh mencegah sebarang konflik berlaku.
"Sejarah dan pengalaman telah mengajar kita bahawa pendekatan inklusif negara ini, yang menggabungkan tindakan mampan, inklusif dan bersasar, telah menjadi kunci dalam mencapai keamanan sosial dan dapat mencegah atau mengelakkan konflik daripada tercetus menjadi krisis.
"Saya juga menyentuh tentang bagaimana kesukarelawanan, atau bekerja bersama komuniti, adalah cara yang terbaik supaya masyarakat dapat mengambil bahagian dalam membina dan mengukuhkan keamanan sosial," jelasnya lagi.
Ujarnya lagi, selain pasukan keselamatan, tanggungjawab menjaga keamanan negara juga terletak di bahu setiap rakyat.
Fareez Azman
Wed May 11 2022

Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata kejayaan Malaysia menikmati keamanan boleh dijadikan contoh kepada dunia. - Gambar fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim PSSTLDM, baru-baru ini dianugerahkan Anugerah Alumni Tersohor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.

Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.

Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM
Irmohizam merupakan Pro-Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.

WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.

Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award
Beliau diiktiraf atas usaha memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS
Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia.

WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.

Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan
Orang ramai dijemput memeriahkan pameran Affordable Art Exhibition yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.