Ringkasan AI
- Malaysia akan membuka ruang dagangan baharu dengan negara berkembang di Afrika dan Amerika Latin untuk meluaskan skop perdagangan.
- Perubahan geopolitik global memerlukan Malaysia menyesuaikan strategi hubungan antarabangsa bagi menghadapi cabaran semasa.
- Kerajaan menegaskan dasar bebas dalam hubungan luar dan membincangkan penambahbaikan dasar negara melalui Permukiman Jemaah Menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.
"Tentunya beberapa angka tunjuk itu membanggakan namun ada beberapa masalah yang harus kita tackle (tangani) dan melakukan beberapa penyesuaian dari sudut unjuran.
"Pertama kerana kerencaman dan tekanan geopolitik yang kurang menentu sama ada dengan pimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan juga reaksi Eropah, China dan perkembangan (peperangan) di Gaza (Palestin) dan Ukraine," katanya.
Anwar berkata demikian dalam sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata Malaysia menekankan dasar bebas bagi mengekalkan hubungan baik dengan semua negara malah menjalin hubungan dengan negara-negara yang ekonominya sedang berkembang.
Selain itu, beliau berkata permukiman itu turut membincangkan dasar negara sedia ada yang perlu dilaksanakan dan dimantapkan.
Permukiman yang berlangsung selama dua hari itu bermula semalam bagi membincangkan perkembangan hala tuju negara yang telah disusun atur.
Ia juga merupakan platform untuk menilai dan menambah baik prestasi kerja Jemaah Menteri dengan melihat kepada teguran serta kritikan rakyat.
-- BERNAMA
