KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport pada Oktober merosot 4.4 peratus atau RM5.8 bilion, berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
"Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.9 bilion), Sabah (-RM1.5 bilion), Melaka (-RM495.0 juta), Negeri Sembilan (-RM328.9 juta), Labuan (-RM241.6 juta), Kuala Lumpur (-RM196.3 juta) dan Perlis (-RM12.7 juta).
"Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Kedah sebanyak RM745.2 juta, Selangor (RM478.6 juta), Terengganu (RM281.5 juta), Pahang (RM94.2 juta), Pulau Pinang (RM67.3 juta), Perak (RM60.6 juta) dan Kelantan (RM23.3 juta)," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.9 peratus, diikuti oleh Johor (20.9 peratus), Selangor (18.2 peratus), Sarawak (7.9 peratus) dan Kuala Lumpur (4.3 peratus).
Import susut 0.2 peratus atau RM193.1 juta pada Oktober 2023 berbanding bulan sama pada 2022.
Penurunan import disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM4.3 bilion), Pulau Pinang (-RM1.9 bilion), Kedah (-RM1.2 bilion), Melaka (-RM487.2 juta), Sarawak (-RM64.5 juta) dan Kelantan (-RM5.3 juta).
Bagaimanapun, nilai import meningkat di Kuala Lumpur sebanyak RM2.9 bilion, Selangor (RM2.2 bilion), Negeri Sembilan (RM1.4 bilion), Pahang (RM743.5 juta), Perak (RM328.2 juta), Labuan (RM304.3 juta), Sabah (RM229.3 juta), Terengganu (RM99.3 juta) dan Perlis (RM7.9 juta).
Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan 25.9 peratus, diikuti oleh Johor (24.3 peratus), Pulau Pinang (19.2 peratus), Kuala Lumpur (8.2 peratus) dan Kedah (5.5 peratus), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Mohd Uzir berkata eksport pada Oktober merosot 4.4 peratus atau RM5.8 bilion, berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. - Gambar fail/Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.

MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.

KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 - Firma penyelidikan
Unjuran ini menandakan penyederhanaan daripada pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2024.

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.

Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.

Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil, catat pertumbuhan pada 2025
Malaysia mempunyai prospek yang stabil, dengan ekonominya mendapat manfaat daripada pelaburan berterusan dalam pusat data dan pembuatan.

Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.