KUALA LUMPUR :Malaysia dan China memeterai perjanjian bagi memperkukuhkan kerjasama pembangunan vaksin selain berkongsi kepakaran dan teknologi dalam pembangunan vaksin COVID-19.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Luar dalam kenyataan bersama hari ini, memaklumkan perjanjian tersebut antara lain untuk menjalin kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam memerangi pandemik itu.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya, Wang Zhigang melalui majlis yang berlangsung secara dalam talian.
"Perjanjian ini akan dikendalikan di bawah seliaan sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang akan dipengerusikan oleh kedua-dua Menteri Luar Negeri iaitu dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya Wang Yi yang mewakili republik itu seperti yang dipersetujui pada 13 Oktober lalu dalam usaha meningkatkan kerjasama pragmatik dan pendekatan yang lebih komprehensif dalam menangani pandemik ini.
"Semasa majlis perjanjian tersebut, Khairy dan Wang bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi kerjasama diplomasi sains.
"Perjanjian itu turut memperuntukkan untuk memberikan akses keutamaan kepada Malaysia dalam mendapatkan bekalan vaksin yang dibangunkan oleh China termasuk perkongsian maklumat dan kepakaran serta keupayaan saintifik dan teknologi dalam memajukan pembangunan vaksin di kedua-dua negara," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia hubungi 10 pengeluar vaksin, dijangka umum bekalan dalam masa terdekat - Khairy
Dalam masa sama, kenyataan bersama itu turut menjelaskan kedua-dua negara akan menyokong penyertaan awam dan sektor swasta termasuk universiti, institusi pengajian dan organisasi berkaitan.
"Kedua-dua negara turut bersetuju untuk menyokong dan mendorong syarikat pengeluaran bekalan masing-masing dalam menjalin kerjasama bagi penyelidikan dan pembangunan vaksin," katanya.
Perjanjian awal ini akan berkuat kuasa selama lima tahun dan akan dilanjutkan secara automatik dalam jangka masa panjang setiap tahun setelah dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara.
BACA: Malaysia letak harapan tinggi terhadap pengeluar vaksin COVID-19 - Dr Adham
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Nov 18 2020
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Khairy dan rakan sejawatannya, Wang melalui majlis yang berlangsung secara dalam talian. Foto: Mosti
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.