PUTRAJAYA: Malaysia dan China memeterai perjanjian bagi pencalonan bersama tarian singa dalam Perwakilan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Kemanusiaan serta keahlian Malaysia dalam Alliance for Cultural Heritage in Asia yang diterajui oleh China, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
MOTAC berkata perjanjian persefahaman itu dicapai kedua-dua negara menerusi memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dalam bidang pelancongan dan Perjanjian Program Eksekutif Pertukaran Kebudayaan 2024 hingga 2029 yang ditandatangan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.
"Satu persembahan teater muzikal Hang Li Po khas oleh Orkestra Traditional Malaysia, Istana Budaya dengan pemuzik dari China turut akan diadakan," menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam selepas majlis pertukaran MoU berkenaan.
Pertukaran dokumen MoU itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li dalam satu majlis di sini semalam.
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan; peningkatan kesalinghubungan udara yang menghubungkan destinasi pelancongan utama di Malaysia dan China; pelancongan perniagaan dan promosi serta pembangunan pelancongan berteraskan komuniti dan ekopelancongan.
"Malaysia dan China akan terus meningkatkan kolaborasi dalam bidang pelancongan dan kebudayaan ke arah pembangunan produk serta perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara melalui perkongsian ilmu dan pertukaran kepakaran," menurut kenyataan itu.
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu adalah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang diraikan tahun ini, dalam usaha meningkatkan sinergi dalam bidang kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua negara.
Pada 5 Dis lepas Tiong dilaporkan berkata bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024, susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
![Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674286642_TBTARIANSINGA.jpg)
MOTAC berkata, Malaysia dan China akan terus meningkatkan kolaborasi dalam bidang pelancongan dan kebudayaan ke arah pembangunan produk serta perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735301627_TBCHINALOONG.jpg)
Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.
![Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731017441_XiJinping.jpg)
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
![Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730866677_ChinaMalaysia.jpg)
Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.
![Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730641195_tbMalaysiaChina.jpg)
Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, khususnya China memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
![Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725938835_tbWorldChineseEntr.jpg)
Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir AS$100 bilion.
![China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718840917_PerdanaMenteriChin.jpg)
China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
China juga mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.
![Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674286642_TBTARIANSINGA.jpg)
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
![Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718840695_FahmiFadzil.jpg)
Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi
Sambutan bermakna itu adalah jalinan hubungan yang dimulakan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
![PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718799479_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China.
![Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718685884_Zafrul.jpg)
Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.