KUALA LUMPUR: Kekerapan penerbangan antara Malaysia dan China akan ditingkatkan kepada 30 setiap minggu, iaitu penambahan 6.7% daripada jumlah penerbangan antara kedua-dua negara.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.
Ia dibuat susulan sekatan perjalanan untuk penerbangan antarabangsa China akan dilonggarkan secara berperingkat.
Wee berkata, keputusan tersebut dicapai dalam pertemuan dengan Timbalan Pentadbir Penerbangan Awam China, Cui Xiaofeng, di Ibu Pejabat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), di Montreal, Kanada.
"Dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam ini, kami saling bertukar pandangan mengenai beberapa isu berkaitan penerbangan, salah satunya ialah mengenai pemulihan pasaran penerbangan awam.
"Sebelum pandemik, terdapat kira-kira 450 penerbangan dikendalikan antara Malaysia dan China.
"Sehubungan itu, kita perlu menjalin kerjasama yang lebih mantap untuk meningkatkan kekerapan penerbangan bagi kedua-dua negara secara beransur-ansur," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Wee, sejak 2009 hingga sekarang, China menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dan ia kekal bertahan selama 13 tahun ini.
Jelasnya, dengan aktiviti perdagangan yang semakin pulih, komuniti perniagaan kedua-dua negara juga dilihat tidak sabar untuk meneruskan perjalanan antara kedua-dua destinasi.
"Pemulihan penerbangan awam di rantau Asia Pasifik sangat bergantung kepada pasaran China, yang menyumbang 20 peratus daripada pasaran global pra-pandemik.
"Cui juga menyatakan kesediaan China untuk melanjutkan perbincangan serta komunikasi berhubung usaha meningkatkan kekerapan penerbangan bersandarkan kepada keperluan dan permintaan.
"Selain itu, kami juga menyatakan sokongan masing-masing dalam pemilihan semula ahli Majlis ICAO yang sedang berlangsung ketika ini dalam Perhimpunan Agung ICAO ke-41," jelasnya.
Afiezy Azaman
Thu Sep 29 2022

Wee (kanan) mengadakan pertemuan dengan Cui Xiaofeng, di Ibu Pejabat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), di Montreal, Kanada. - Foto Facebook Wee Ka Siong

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.

Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.

Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.

Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, khususnya China memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir AS$100 bilion.

China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
China juga mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.

Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.

Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi
Sambutan bermakna itu adalah jalinan hubungan yang dimulakan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China.

Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.