KUALA LUMPUR:Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa cemas mahupun panik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Beliau berkata bagaimanapun semua pengguna internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.
"CSM menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan siber dalam konteks responsif dan penghalang untuk mencegah daripada kebocoran data dan melindungi keselamatan data melalui pengukuhan sistem keselamatan ICT (teknologi komunikasi dan maklumat).
"Ini bagi membantu memperkukuh atau menyelamatkan keselamatan data... di CSM, kita juga ada Pusat Bantuan Cyber999 di mana jika berlaku apa-apa insiden, pengguna boleh melaporkan kepada kami di [email protected] ataupun telefon 1-300-88-2999," katanya sambil menambah, CSM turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam konteks melindungi data rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam program siaran langsung 'Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM): Ancaman Siber, Adakah Malaysia Bersedia?' bersama menterinya Datuk Saifuddin Abdullah, yang disiarkan di Facebook Live KKMM, saluran TV1 RTM dan Bernama TV malam tadi.
Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang kini disiasat polis, membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial.
Ia mendakwa sistem sekuriti Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain mengatakan lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam sehingga kini.
Anonymous Malaysia pada 29 Jan lepas sekali lagi memuat naik video berdurasi tiga minit 17 saat yang mendakwa "scammer" terus menipu orang ramai menerusi e-mel, panggilan telefon dan laman sosial sejak 2015 berikutan kebocoran data.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Intellize Tech Services Dr Kavita Muthy berkata tahap keseriusan ancaman siber boleh seakan-akan atau menjadi lebih besar daripada pandemik COVID-19 kerana ia juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa, perniagaan serta memberi impak kepada ekonomi.
"Ini termasuk buli siber, iaitu suatu perkara yang tidak beretika langsung kerana kalau dulu kita nak buli orang dekat padang sekolah, tetapi sekarang di laman siber dan ia datang dengan emosi, niat untuk balas dendam atau menyakitkan hati orang lain atau beri sesuatu impak negatif kepada individu terbabit," katanya.
Dua lagi individu selaku ahli panel dalam program berkenaan adalah Ketua Bahagian Kelestarian Digi Telecommunications Philip Ling dan Pembentang Terbaik Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaaan 2019 Branden Carl Murray.
Terdahulu, Saifuddin berkata tema bagi sambutan Hari Keselamatan Internet di Malaysia pada 9 Feb ini adalah "Etika Siber" sambil memberitahu, rakyat berada dalam talian sekitar lima hingga 12 jam sehari secara purata.
Hari Keselamatan Internet disambut seluruh dunia pada hari kedua, minggu kedua bulan Februari setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang kini disiasat polis, membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Japan Airlines terjejas serangan siber
Pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara.

Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.

Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.

Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.

Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.

Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.