Malaysia dan Singapura hari ini menggantung had pelabuhan bertindih dan melaksanakan had pelabuhan masing-masing yang berkuat kuasa pada 25 Okt dan 6 Dis 2018.
Penggantungan secara bersama had pelabuhan bertindih itu berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi, kata jurucakap Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam responsnya kepada media.
"Penggantungan itu merupakan satu daripada lima syor dalam laporan kumpulan kerja mengenai isu-isu maritim berhubung pertindihan had Pelabuhan Johor Bahru berhampiran Tanjung Piai dan had Pelabuhan Singapura berhampiran Tuas yang dipersetujui oleh kedua-dua menteri luar Malaysia dan Singapura pada 14 Mac 2019, bagi mengendurkan situasi serta membuka jalan bagi persempadanan maritim," kata jurucakap itu.
BACA: Singapura tarik balik ILS, Malaysia gantung kawasan larangan
Pada 14 Mac lepas, kedua-dua negara mengumumkan akan melaksanakan lima syor tersebut bagi menyelesaikan isu maritim berhubung had pelabuhan masing-masing.
Penubuhan kumpulan kerja itu dipersetujui pada mesyuarat dua hala pertama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan yang berlangsung di sini pada 8 Jan lepas.
Kumpulan itu diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2019
Pada 14 Mac lepas, kedua-dua negara mengumumkan akan melaksanakan lima syor tersebut bagi menyelesaikan isu maritim berhubung had pelabuhan masing-masing. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Krisis Myanmar tidak boleh campur tangan luar - Menteri Luar Singapura
Agenda pendamaian nasional hanya boleh dilaksanakan secara dalaman di peringkat negara masing-masing dan bukan sesuatu yang boleh direalisasikan dengan campur tangan orang luar.
Tanah runtuh Batang Kali: Pemimpin Singapura zahir ucapan takziah
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands hari ini.
Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura
Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan,
Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran.
Malaysia-Singapura setuju laksana Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian - Hishammuddin
Kedua-dua negara telah merangka dan bersetuju mengenai garis panduan bagi aturan DCEV yang akan dilaksanakan mulai 17 Mei ini.
Model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh diperluaskan - MTC
Jika berjaya, model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh dipertimbangkan penggunaannya untuk membuka sempadan antarabangsa kepada lebih banyak negara.
Malaysia dan Singapura akrab seperti saya dan Hishammuddin - Dr Vivian Balakrishnan
Keakraban yang dipupuk antara Malaysia dan Singapura menyebabkan proses mengharungi tempoh kemuncak pandemik itu, lebih mudah
Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara
Persetujuan dicapai selepas mesyuarat tertutup antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
Malaysia dan Singapura gantung had pelabuhan bertindih
Malaysia dan Singapura hari ini menggantung had pelabuhan bertindih dan melaksanakan had pelabuhan masing-masing yang berkuat kuasa pada 25 Okt dan 6 Dis 2018.