PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir dalam usaha mengatasi masalah banjir dalam negara yang berlaku saban tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Seri Perdana di sini hari ini, Anwar berkata bantuan kepakaran dari Belanda itu diyakini dapat mengurangkan kos perbelanjaan negara yang mencecah bilion ringgit setiap tahun bagi melaksanakan pengurusan bencana banjir.
Katanya beliau telah menerangkan kepada Rutte mengenai kepentingan menambah baik pelbagai keperluan di sungai-sungai dalam negara, terutama semasa menghadapi musim banjir dewasa ini, antaranya di Johor, Selangor dan Pahang.
"Saya juga terangkan kepada beliau mengenai belanja, umpamanya mutakhir ini keseluruhan (kos pengurusan) masalah banjir mencecah RM15 bilion. Rutte beritahu dengan kepakaran dan tekonologi baru, mungkin tidak perlu kos tinggi," katanya dan menambah Perdana Menteri Belanda itu turut memberi jaminan akan menyegerakan penghantaran pasukan kepakaran dalam bidang berkenaan.
Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kerjasama itu termasuk menyegerakan proses ketibaan pasukan pakar berkenaan ke Malaysia.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia dan Belanda bersetuju memperkasakan industri semikonduktur serta bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) melibatkan kedua-dua negara.
"Beliau (Rutte) setuju, Belanda adalah antara negara mempunyai dasar khusus semikonduktur. Kita (Malaysia) ada dasar menggalakkan penyertaan swasta," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata Malaysia bersetuju melaksanakan usaha penggalian dan pemulihan kapal karam lama di perairan negara termasuk kapal-kapal milik Belanda mengikut syarat ditetapkan.
Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (US$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.
Belanda juga merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara EU dengan jumlah 732,324.54 tan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Anwar menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Seri Perdana hari ini. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.