PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan sokongan negara anggota Suruhanjaya Penerbangan Awam Amerika Latin (LACAC) dalam usaha mengekalkan kerusi ahli majlis Pertubuhan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III bagi penggal 2022-2025.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata beliau kini berada di Montevideo, Uruguay bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Ke-24 LACAC yang bermula Rabu ini.
Selain menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu, Wee berkata beliau dan pegawai Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menghadiri beberapa mesyuarat dan perbincangan dua hala mengenai isu berkaitan penerbangan antarabangsa serta peranan Malaysia dalam sektor tersebut.
"Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini merupakan pemain yang berpengaruh dalam industri di peringkat global dan akan terus membentuk hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan negara anggota LACAC," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
LACAC ditubuhkan pada 1973 dan dianggotai 27 negara antaranya Argentina, Brazil, Costa Rica, Cuba, Guatemala, Panama, Jamaica, Mexico serta Venezuela.
Menurut Wee, beliau dan delegasi Malaysia juga akan bertemu rakan sejawatan dari Amerika Latin untuk meraih sokongan mereka untuk kerusi ICAO itu termasuk mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden ICAO Salvatore Sciacchitano dan Presiden LACAC Armando Daniel.
Malaysia berhasrat mengekalkan kerusi dalam Majlis ICAO untuk penggal keenam selepas mendudukinya pada tahun 2007.
Sesi pengundian bagi pencalonan kerusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung Ke-41 ICAO pada 27 Sept hingga 14 Okt 2022 di Ibu Pejabat ICAO di Montreal, Kanada.
"Kami akan mengesahkan semula komitmen Malaysia untuk terus menyokong inisiatif ICAO ke arah perkhidmatan penerbangan yang lebih selamat dan cekap di seluruh dunia," katanya.
Delegasi Malaysia ke Uruguay turut disertai Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Setiausaha Bahagian Udara MOT Mohamad Radzuan Mazlan dan Wakil Tetap Malaysia ke ICAO Flora Chin Lee Sa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Ka Siong berkata beliau kini berada di Montevideo, Uruguay bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Ke-24 LACAC yang bermula Rabu ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.

Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.

Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.

Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.