KUALA LUMPUR: World Competitiveness Yearbook 2021 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 64 ekonomi, berbanding ranking ke-27 tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan ranking 'Ease of Doing Business 2020' oleh Bank Dunia, Malaysia berada di tempat kedua dalam kalangan 190 ekonomi dari segi menguruskan permit pembinaan.
"Walaupun semua ini menunjukkan inisiatif pembaharuan yang sedang dilaksanakan, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan pengawalseliaan kita cukup cekap untuk bertindak balas terhadap perubahan," katanya semasa berucap melancarkan Laporan Produktiviti Negara 2021 dan Forum Produktiviti secara maya pada Rabu.
Laporan dan forum oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu mengangkat tema 'Melonjakkan Produktiviti: Penetapan Semula, Pembaharuan dan Pemulihan'.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata Laporan Produktiviti menggunakan pendekatan berbeza kali ini.
Ia menumpukan secara langsung kepada isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan produktiviti dalam situasi krisis kesihatan dan ekonomi terburuk di samping menekankan penyelesaian yang disyorkan untuk menguruskan kekangan ini, katanya.
Beliau berkata dalam menangani cabaran ketara yang dihadapi produktiviti serta dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhannya, tema 2021 untuk laporan itu merumuskan semuanya adalah -- penetapan semula dan pembaharuan, yang akhirnya membawa kepada pemulihan produktiviti.
"Syor yang dikemukakan dalam laporan ini adalah seiring dengan agenda kerajaan menerusi pelbagai pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan.
"Penyelesaian, yang wajar sekali dilakukan, dijangka melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan seterusnya memacu kebangkitan semula dan pemulihan perniagaan," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
Abdul Latif berkata dalam lingkungan persekitaran perniagaan, pengawalseliaan berperanan penting untuk menambah baik aspek pemudahan urusan bertujuan menjalankan perniagaan.
Beliau berkata usaha menguruskan kebimbangan berkaitan pengawalseliaan dalam kalangan pihak industri, terutama perniagaan yang terjejas akibat pandemik, kini lebih mendesak untuk melancarkan pemulihan mereka.
"Pembaharuan pengawalseliaan amat penting untuk mengurangkan beban kawal selia yang tidak diperlukan perniagaan di samping merangka dasar yang lebih kondusif bagi kecekapan perniagaan.
"PEMUDAH atau Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, bekerjasama dengan MPC yang berperanan sebagai sekretariat, komited terhadap pembaharuan pengawalseliaan," katanya.
Dalam pada itu, menerusi perutusan menteri yang terkandung dalam laporan tersebut, Mohamed Azmin berkata prospek adalah cerah bagi Malaysia, dipacu oleh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mencatatkan kemajuan baik untuk mencapai kadar secepat mungkin dan seramai mungkin rakyat menerima vaksin.
"Kerajaan juga melancarkan dan melaksanakan beberapa pakej rangsangan untuk mengurangkan beban komuniti perniagaan dan rakyat secara amnya. Insentif dan program diperkenalkan untuk mengatasi isu pekerjaan, kehilangan perolehan dan persekitaran perniagaan.
"Tumpuan utama akan terus diberikan kepada penerimagunaan digitalisasi dan teknologi sebagai alat untuk mempercepat pemulihan ekonomi. Menerusi usaha sinergi ini, sudah tentu wujud sentimen keyakinan untuk 2021 menjadi tempoh perubahan bagi pemulihan kesihatan dan ekonomi secara holistik," katanya.
Beliau berkata pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini sekali gus menjejaskan kehidupan dan pendapatan rakyat, mengakibatkan kemerosotan produktiviti pada -5.5 peratus tahun lepas ekoran gangguan yang mengejutkan.
"Kita berusaha mengatasi pelbagai halangan dengan menetapkan peluang gerak yang telah mengubah trajektori kehidupan kita untuk keadaan lebih baik," katanya.
Mohamed Azmin berkata Bank Negara Malaysia, menerusi laporan prestasi suku pertama yang dikeluarkan pada Mei, mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan yang dijangkakan pada 6.0 hingga 7.5 peratus tahun ini.
Beliau berkata ia menunjukkan pemulihan dari segi tenaga kerja dan produktiviti modal yang disokong oleh pemulihan ekonomi secara meluas di kebanyakan sektor secara amnya.
"Walaupun langkah berani dan perlu untuk melandaikan keluk jangkitan telah dilaksanakan pada 2020, kerajaan, dilengkapi dengan data virologi yang bermanfaat, telah mengambil langkah lebih bijak tahun ini untuk mengekang virus itu daripada menular secara eksponen, berdasarkan objektif menyeluruh untuk melindungi nyawa rakyat di samping memastikan peningkatan semula pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
World Competitiveness Yearbook 2021 meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 64 ekonomi, berbanding ranking ke-27 tahun lepas.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.