Malaysia telah melonjak 41 tangga ke kedudukan ke-48 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) 2014. Pada kali pertama senarai itu diperkenalkan pada tahun 2012, Malaysia berada di tangga ke-91.
Berdasarkan maklumat penanda aras kajian yang melibatkan 162 buah negara tersebut, sebanyak 13 insiden keganasan telah berlaku di Malaysia, dengan dua kes kematian, satu kecederaan serta tujuh harta benda awam yang musnah.
Negara bergolak, Iraq, menduduki carta teratas indeks tersebut dengan 10 mata dan diikuti Afghanistan, Pakistan, Nigeria, Syria, India, Somalia, Yemen, Filipina serta Thailand.
Syria memasuki senarai lima teratas berbanding kedudukan ke-14 pada tahun 2012 berikutan perkembangan yang berlaku sekarang ini di negara tersebut.
United Kingdom menduduki tangga ke-27 dengan 5.17 mata, manakala Amerika Syarikat (AS) di tangga ke-30 dengan 4.71 mata. Indonesia menyusul selepas AS dengan 4.67 mata.
Di Asia Tenggara, hanya Singapura dan Vietnam yang tidak berada dalam senarai GTI. Kedua-dua negara tersebut menyertai kelompok 39 buah negara yang langsung bebas daripada aktiviti keganasan.
Indeks Keganasan Global (GTI) merupakan penarafan (ranking) automatik bagi negara-negara dunia berdasarkan aktiviti pengganas. Ia menggabungkan beberapa faktor yang mempunyai kaitan dengan serangan pengganas seterusnya memberi gambaran tentang impak dan trend keganasan dalam tempoh 10 tahun.
Selain itu, indeks tersebut juga membekalkan siri data bagi membantu analisis para penyelidik dan penggubal polisi.
GTI merupakan hasil kajian Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) berdasarkan data daripada Pangkalan Data Keganasan Global (GTD). Data tersebut dikumpulkan oleh pihak Konsortium Kebangsaan bagi Kajian Keganasan dan Respons Terhadap Keganasan (START) di Universiti Maryland, AS.
Menurut laporan IEP, secara keseluruhan terdapat lebih 48,000 insiden keganasan global sepanjang 14 tahun lalu dan telah mengorbankan 107,000 nyawa.
Astro Awani
Wed Nov 19 2014
![Malaysia di kedudukan ke-48 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) 2014 Malaysia di kedudukan ke-48 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/81351559166_295x200.jpg)
Iraq menduduki carta teratas indeks tersebut dengan 10 mata dan diikuti Afghanistan, Pakistan, Nigeria, Syria, India, Somalia, Yemen, Filipina dan Thailand. - Foto fail
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
![UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695397293_NewYorkCity.jpg)
UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar
Semua negara di dunia ini perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.
![Penindasan buruh migran: 'Ada syarikat Malaysia, GLC dilarang jual produk di AS' Penindasan buruh migran: 'Ada syarikat Malaysia, GLC dilarang jual produk di AS'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662287760_Migrantworkers.jpg)
Penindasan buruh migran: 'Ada syarikat Malaysia, GLC dilarang jual produk di AS'
Menurut Adrian, kerajaan perlu bekerja lebih keras dalam menangani isu buruh paksa yang didakwa berlaku.
![Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632812416_TBWTCKLjpg.jpg)
Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam
Malaysia berpotensi menjadi negara contoh dalam soal keamanan sosial buat dunia. Demikian jelas Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam
![Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021 Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617192572_MashUP.jpg)
Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021
Akhirnya kita berjaya melalui pelbagai kisah menarik yang berlaku di negara melibatkan isu-isu semasa, politik, jenayah, hiburan, sukan dan luar negara sepanjang 31 hari, bulan ini.
![KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601223474_KLWBC.jpg)
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
![KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41583411148_KLWBC.jpg)
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
![KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600601645_AndyFlopPoppy.jpg)
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
![KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598240937_pyanhabib.jpg)
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
![COVID-19: Kes positif global hampiri angka 19 juta COVID-19: Kes positif global hampiri angka 19 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596358473_COVID.jpg)
COVID-19: Kes positif global hampiri angka 19 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
![KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594914162_KLWBC.jpg)
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.