KUALA LUMPUR:Kecekapan negara menguruskan pandemik COVID-19 terus mendapat pengiktirafan global.
Menerusi ranking Indeks Prestasi Covid oleh Lowy Institute, sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia, Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 buah negara yang dinilai dalam menguruskan pandemik berkenaan.
Malaysia berada di hadapan Finland, Norway dan Korea Selatan, dengan skor purata 71 peratus.
Manakala jiran terdekat, Singapura mendahului Malaysia di tangga ke-13 dengan 74.7 peratus.
New Zealand mencatatkan peratus paling tinggi dalam kalangan 98 negara iaitu 94.4 peratus, Vietnam 90.8 peratus, Taiwan 86.4 peratus, Thailand 84.2 peratus, dan Cyprus 83.3 peratus.
Brazil pula berada di kedudukan tangga paling corot dengan hanya 4.3 peratus.
Negara yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia, Amerika Syarikat dalam pada itu menduduki tangga ke-94 dengan 17.3 peratus.
BACA: COVID-19: Angka korban seluruh dunia 2.22 juta
Kecekapan sesebuah negara dinilai dengan mengambil kira kepada kesan geografi, politik, ukuran populasi, dan pembangunan ekonomi terhadap kesan COVID-19.
Pengumpulan data secara kolektif ini dilakukan dalam masa 36 minggu dan data yang dilaporkan diperoleh sehingga 9 Januari 2021.
Purata angka harian baru bagi tempoh 14 hari dikira berdasarkan kes kematian disahkan, kes positif daripada jutaan penduduk, kes kematian daripada jutaan penduduk, kes positif daripada kadar ujian saringan dan kadar ujian daripada ribuan penduduk.
BACA: Malaysia di tempat kelima tercorot dari segi pengumpulan, penggunaan data biometrik
Rahimah Abdullah
Mon Feb 01 2021
Menerusi ranking Indeks Prestasi Covid oleh Lowy Institute, sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia, Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 buah negara yang dinilai dalam menguruskan pandemik berkenaan.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Malaysia di kedudukan ke-16 dalam kecekapan menguruskan pandemik COVID-19
Kecekapan negara menguruskan pandemik Covid-19 terus mendapat pengiktirafan global.