KUALA LUMPUR:Malaysia berjaya mencapai kategori pembangunan manusia yang tinggi apabila mencatatkan 0.81 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) 2020.
Ia diperoleh melalui Laporan Pembangunan Manusia 2020 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-62 daripada 189 negara dan wilayah bagi kategori berkenaan.
Menurut Wakil Residen, Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia, Singapura dan Brunei, Niloy Banerjee, kedudukan negara ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan purata jangka hayat pada 76.2 tahun dan Pendapatan Negara Kasar Per Kapita AS$27,534 (tahun 2017: AS$27,227)
"Malaysia dilihat berjaya. Kedudukan negara sebenarnya naik satu tangga daripada tangga ke-63 tahun sebelumnya.
"Malaysia juga mencapai 0.81 indeks yang meletakkan pembangunan manusia negara berada di tahap yang sangat tinggi," katanya semasa membentangkan Laporan Pembangunan Manusia 2020 secara maya pada Rabu.
Antara tahun 1990 hingga 2019, nilai HDI Malaysia meningkat sebanyak 26 peratus iaitu daripada 0.64 kepada 0.81.
"Apabila kita mula membuat perkiraan data pada tahun 1990, Malaysia pada ketika itu berada pada kedudukan indeks 0.64," ujarnya.
Bagi tempoh sama, jangka hayat kelahiran bagi rakyat Malaysia meningkat 5.3 tahun, tahun persekolahan meningkat 3.8 tahun, dan jangkaan persekolahan meningkat sebanyak 3.9 tahun.
Pada masa sama, Pendapatan Negara Kasar per kapita Malaysia meningkat sekitar 177.3 peratus antara tahun 1990 dan 2019.
Rahimah Abdullah
Wed Dec 16 2020
Niloy Banerjee berkata, Malaysia berjaya mencapai kategori pembangunan manusia yang tinggi apabila mencatatkan 0.81 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) 2020.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
UNDP terus sokong Malaysia tingkat komitmen isu perubahan iklim
UNDP akan terus beri dorongan dari segi penambahbaikan dan sokongan untuk meningkatkan inisiatif selesaikan isu perubahan iklim.
COP26: Pendekatan berbeza, misi yang sama capai sasaran Perjanjian Paris
Setiap negara perlu mengambil pendekatan yang berbeza dalam mengurangkan pelepasan karbon ke ruang atmosfera.
Indeks kemiskinan multidimensi Thailand terendah di ASEAN
UNDP memaklumkan Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) Thailand adalah 0.002, terendah berbanding negara-negara ASEAN lain yang termasuk dalam kajian ini.
Agihan vaksin tidak seimbang sukarkan pembendungan COVID-19 - WHO
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata adalah penting bagi memastikan akses yang adil kepada setiap negara, termasuk perkongsian dos.
Protes antirampasan kuasa Myanmar masuk bulan ketiga
Tunjuk perasaan itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda walaupun selepas persidangan tergempar pemimpin ASEAN minggu lalu.
Malaysia di tangga ke-62 dari 189 negara bagi kategori pembangunan manusia
MALAYSIA berjaya mencapai kategori pembangunan manusia yang tinggi apabila mencatatkan 0.81 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) 2020.
UNDP Malaysia sumbang US$202,000 kepada tabung COVID-19 Nadma
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di Malaysia menyumbang sebanyak US$202,000 (RM859,000) kepada Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Had PGK baharu: UNDP puji Malaysia, tetapi...
Bagaimanapun, beliau menegaskan, Malaysia perlu meneroka kontrak sosial yang baharu bagi memastikan kitaran kemiskinan dapat dihentikan.