KUALA LUMPUR:Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia telah dipilih semula sebagai Pengerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) bagi tempoh 2020-2021 dalam Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) semalam.
Pengerusi CyberSecurity Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata tidak seperti AGM sebelumnya, pada tahun ini mesyuarat itu dikendalikan secara dalam talian susulan penularan pandemik COVID-19 dengan dihoskan Sekretariat APCERT iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Jepun/Pusat Penyelarasan (JPCERT/CC).
"Acara ini konsisten dengan visi APCERT untuk mewujudkan ruang siber yang lebih selamat, bersih dan boleh dipercayai dalam Rantau Asia Pasifik menerusi kerjasama dan kepercayaan global.
"Sebagai Pengerusi, CyberSecurity Malaysia menggalakkan lebih banyak penglibatan anggota untuk bergerak ke hadapan sambil terus menerajui Kumpulan Kerja Mitigasi Malware APCERT, satu inisiatif kolaborasi dalam kalangan negara APCERT dan OIC dalam usaha mengembangkan penyelidikan, analisis dan tindak balas malware bagi melindungi komuniti daripada ancaman malware," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Azumi berkata ini adalah satu lagi pencapaian bagi CyberSecurity Malaysia sebagai mengiktiraf kepakaran teknikal, kepimpinan dan profesionalismenya.
Selain itu, beliau berkata sebagai Pengerusi, agensi tersebut bertanggungawab menyediakan arahan strategik dan panduan bagi mengekalkan kerelevanan APCERT.
"CyberSecurity Malaysia akan terus membangun dan menggalakkan usaha pelbagai pihak, rangka kerja, norma baharu, perkongsian maklumat dan menyokong peraturan digital jika kita ingin mewujudkan satu ruang siber yang dipercayai dan tahan lasak yang masa depannya terletak di tangan semua pihak di rantau ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, CyberSecurity Malaysia adalah antara pengasas bersama APCERT sejak 2002 dan ini merupakan kali ketiga ia dilantik sebagai Pengerusi selepas pelantikan pertama pada 2007 dan yang kedua pada 2019-2020.
Agensi itu kekal sebagai jawatankuasa pemandu sejak penubuhannya dan akan berterusan sehingga 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
CyberSecurity Malaysia adalah antara pengasas bersama APCERT sejak 2002 dan ini merupakan kali ketiga ia dilantik sebagai Pengerusi selepas pelantikan pertama pada 2007 dan yang kedua pada 2019-2020. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.
CyberSecurity rekod 5,181 insiden keselamatan siber setakat Oktober
Sebanyak 5,181 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber (Cyber999) CyberSecurity Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Akademi Keselamatan Siber Malaysia mula operasi suku kedua tahun depan
Akademi Keselamatan Siber Malaysia yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
CyberSecurity Malaysia tingkat kemudahan makmal keselamatan siber, terima pengiktirafan
Kementerian Digital melalui agensinya CSM telah meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang turut menerima akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
CyberSecurity keluar amaran insiden peningkatan ketirisan data peribadi
CyberSecurity mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.
Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.